Siakap Keli
Gambar: Bernama

BAJET 2023: Kadar Cukai Pendapatan Individu Dikurangkan Dua Mata Peratusan

Hampir satu juta pembayar cukai individu pemastautin bakal menikmati pengurangan cukai dalam usaha kerajaan menambah pendapatan boleh guna yang boleh dimanfaatkan oleh golongan M40, demikian diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih RM50,000 dan RM100,000, katanya ketika membentangkan Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul Berkata banjaran pendapatan cukai lebih RM50,000 hingga RM70,000, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus dan banjaran pendapatan cukai lebih RM70,000 hingga RM10,000, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus.

Pada masa sama, katanya banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 hingga RM600,000 dan kadar cukai dikenakan sebanyak 25 peratus.

“Dengan layanan khas cukai pendapatan ini, penjimatan cukai kumpulan pertengahan adalah sehingga RM1,000 dan untuk kumpulan teratas adalah sehingga RM250.

“Ini bermakna, dianggarkan RM800 juta tersedia sebagai lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh rakyat,” katanya.

Sumber: Bernama

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Aqmal Ezany

I write what is right