Siakap Keli
tayar sport rim mana lagi penting
Tangkap Layar Tiktok

Tayar Atau Sport Rim Mana Lagi Penting? Ini Kata Abang Mekanik

Kebiasaannya ada segelintir individu yang gemar untuk membeli sesuatu barangan yang terlihat cantik rupanya berbanding kualiti ekoran tidak memikirkan mengenai ketahanan fizikalnya.

Barangan murah yang terlihat cantik sering menjadi pilihan utama berbanding barangan ‘biasa’ yang mempunyai kualiti bagus disebabkan terhasut dengan reka bentuk menawan.

Untuk kereta, sesetengah pengguna mesti akan memikirkan mengenai sport rim terlebih dahulu berbanding tayar, namun sebenarnya tayar juga elemen yang perlu dititikberatkan daripada segi ketahanan.

Menerusi video perkongsian ‘formen’ yang cukup terkenal di Tiktok Muadz Mustafha, dia berkongsi mengenai kepentingan memilih tayar yang mempunyai ketahanan yang kuat berbanding sport rim yang cantik.

Katanya, harga sport rim memang mahal berbanding tayar namun ia juga turut memerlukan tayar yang kuat bagi menampung berat sport rim itu.

Tambah Muadz, walaupun harga sport rim terpakai diletakkan harga RM8,000, orang ramai pastinya akan berebut disebabkan ianya ‘murah’.

Selain itu, kemungkinan besar orang ramai untuk menukar sport rim adalah disebabkan oleh reka bentuknya yang menarik perhatian.

“Selain daripada rupanya yang cantik, alasan yang paling glamour sekali yang original ini berat,” katanya dalam dalam satu video yang dimuat naik ke TikTok baru-baru ini.

Pilih tayar yang berkualiti berbanding sport rim ‘cantik’

Namun sebenarnya tidak ada gunanya juga sekiranya sport rim cantik tetapi tayar tidak tahan lama. Oleh itu, pengguna perlu bijak dalam membuat keputusan.

“Ini semua tiada makna kalau pilih tayar cap ayam,” ujarnya semasa menerangkan mengenai kepentingan tayar.

Katanya, Michelin merupakan jenama yang bagus yang perlu diletakkan dalam pilihan ketika membeli tayar.

Tangkap Layar Tiktok

Namun sekiranya ingin menyokong barangan tempatan Muadz turut mencadangkan jenama bagi pilihan lain iaitu Toyo yang diperbuat di Malaysia.

Menurutnya, tidak salah untuk mencantikkan kenderaan dengan mengubah suai mengikut kehendak namun keselamatan juga perlu dijaga.

“Nak cantik boleh takde hal tapi keselamatan nombor satu.

“Tayar paling penting, sport rim pakai cap ayam takpe spend lebih dekat tayar. Pilih yang lebih berkualiti,” katanya dalam video itu lagi.

Terang Muadz, antara cantik dan keselamatan semestinya keselamatan perlu diutamakan dalam apa-apa hal bagi mengelakkan perkara buruk terjadi.

“Cantik dengan safety korang pilih yang mana?” kata Muadz lagi.

Kadang-kadang barang yang dilihat cantik tidak semestinya tahan lama bak kata pepatah jangan menilai dari luaran, tidak semestinya cantik di luar memberikan fungsi yang baik dan tidak semestinya juga barang yang dilihat buruk tidak boleh kekal lama.

Apa-apa pun orang ramai perlu meletakkan ketahanan sebagai aspek utama dalam pemilihan barang dan perlu memikirkan mengenai keselamatan apabila menggunakan sesuatu barang yang melibatkan nyawa.

Bagi memahami konteks perkongsian Muadz dengan lebih jelas, mari ikuti videony di bawah.

@muadzmustafha

Sportrim & tayar mana lebih utama? #honda #hondajade #raysce28 #toyotires #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #drtayarmuar

♬ Piraten – Ali Affront & Zleyr

Sumber: Tiktok / Muadz Mustafha

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana