Siakap Keli
Kredit: Pexels

Kos Sara Hidup Naik & Nak Berjimat, Hampir Sejuta Warga UK Batal Langganan Netflix, Amazon Prime & Disney+

Hampir satu JUTA rakyat Britain telah membatalkan langganan mereka terhadap beberpa servis penstriman termasuk Netflix, Amazon Prime Video dan Disney+ pada tahun ini disebabkan kos sara hidup yang semakin melonjak – laporan.

Sebuah laporan mendedahkan bahawa hampir satu juta rakyat Britain telah menamatkan langganan mereka terhadap beberapa servis penstriman video setakat ini. Perkara ini berpunca dari krisis kos sara hidup yang semakin meningkat ekoran suasana ekonomi yang suram.

Menurut sebuah firma analitik Kantar yang bertempat di London, isi rumah di UK dengan jumlah langganan penstriman video sekurang-kurangnya satu telah menyusut sebanyak 937,000 antara Januari dan September.

Manakala dalam tempoh antara Julai dan September pula, sebanyak 234,000 isi rumah di Britain telah berhenti daripada menggunakan perkhidmatan pentriman video.

Orang awam seolah-olah ‘dipaksa’ untuk menamatkan langganan terhadap servis penstriman seperti Netflix, Amazon Prime Video dan Disney+, demi mengutamakan kos untuk keperluan hidup seperti bahan api, makanan dan bil-bil.

Selain itu, orang awam juga menjadi mangsa keletihan kandungan (content fatigue), iaitu satu perasaan yang merasa ‘sesak’ dan ‘serabut’ dengan lambakan jumlah kandungan yang terdapat pada servis ini.

Perkara ini telah muncul susulan pihak Netflix mengumumkan sebuah pelan baharu yang berjumlah £4.99 (RM 31.92) setiap bulan dan akan bermula pada November ini.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

“Satu juta isi rumah telah memberhentikan langganan. Antara sebab mereka membatalkan langganan adalah disebabkan keperluan untuk menyimpan wang.

”Para pengguna telah melakukan timbang tara dan mencapai tahap, yang mana mereka memberhentikan segala jenis perkhidmatan yang tidak begitu diperlukan.

”Berdasarkan pemerhatian kami pada minggu lepas dengan kesan kewangan pada masa sekarang, dijangkakan masih terdapat kemerosotan sehingga akhir tahun ini,” kata Dominic Sunnebo, seorang Pengarah Bahagian Global di Kantar Worldpanel telah memberitahu the Guardian.

Fenomena ‘Content Fatigue’

Sunnebo juga mengatakan beberapa ‘faktor dinamik dalam pasaran’ yang menjadi punca kepada penamatan servis penstriman, seperti fenomena ‘content fatigue‘, yang dirasai oleh beberapa penonton.

Antara Julai dan September 2022, jumlah isi rumah yang melanggan servis penstriman video sekurang-kurang satu servis telah menurun sehingga 16.18 juta,  kemerosotan sebanyak 234,000 langganan berbanding kuarter lepas (April sehingga Jun).

Walaupun menjadi semua servis penstriman video terbesar di UK,  Netflix hanya dapat mengambil 2.1 peratus pegangan daripada pelanggan-pelanggan baharu bermula dari Julai sehingga September.

Jumlah ini sangatlah kecil jika dibandingkan dengan beberapa servis penstriman video yang lain seperti Prime Video (29.4 peratus), Paramount+ (24.6 peratus), Disney+ (17.5 peratus, Apple TV (3.4 peratus) dan lain-lain.

Namun begitu, Netflix berharap bahawa pihaknya dapat menarik menarik jumlah langganan yang besar selepas pelancaran pelan yang lebih murah pada bulan hadapan, yang diselangi dengan iklan-iklan.

Pelan £4.99 per bulan iaitu, Basic with Adverts akan menampilkan iklan dengan tempoh purata empat sehingga lima minit bagi setiap jam dan setiap iklan akan memiliki durasi sama ada 15 ataupun 30 saat.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Sumber: Daily Mail 

BACA: “Smart Woo,” Gigih Seludup ‘Handphone’ 3310 Abah Ke Sekolah Semata Nak Tunjuk Kat Rakan Sekelas

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma