Siakap Keli
Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

Sabar Menanti Hasil, Wanita Ajar “Step” Tanam Kobis Sampai Tumbuh Mekar & Terbentuk Cantik

Sabar Menanti Hasil, Wanita Ajar “Step” Tanam Kobis Sampai Tumbuh Mekar & Terbentuk Cantik

Tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan penting sebagai sumber makanan berkhasiat. Untuk menanam hasil pertanian, anda sudah semestinya memerlukan satu kawasan yang luas bagi menampung kuantiti hasil.

Bagaimanapun, sekiranya sayur atau buah yang ditanam dalam kuantiti yang sedikit, kawasan yang kecil sudah memadai seperti halaman di sekeliling rumah.

Tambahan lagi, anda tidak perlu bersusah payah untuk keluar membeli sayur dan buah-buahan di kedai atau pasar raya malah dapat menghiasi halaman rumah dengan warna hijau.

Apa yang boleh ditanam di halaman rumah anda? Antara sayur-sayuran yang boleh ditanam termasuklah kobis seperti yang bakal dikongsikan di bawah.

Mungkin masih ramai di luar sana yang belum mengetahui cara atau langkah penjagaannya.

Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian oleh Nur Zaliana yang dikongsikannya melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

Cara Tanam Kobis

Ini cara saya jaga pokok kobis sampai boleh dipetik, lain orang lain caranya matlamat tetap sama.

1. Benih Nazuka F1. Saya semai tabur terus atas tanah, bila dah naik saya pindahkan masuk dalam polybag kecil, media tanah campur cocopeat 1:1 kalau guna peatmos lagi bagus.

Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

2. Ini anak kobis usia +-3 minggu saya letak oscomote campur eraso racun siput.

Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

3. Ini pokok yang baru saya pindah tanam atas batas, yang sebelumnya saya gemburkan dengan tinja ayam. Lepas tanam wajib letak esaro supaya siput tak makan.

Wanita Ajar "Step" Tanam Kobis Sampai Tumbuh Mekar
Gambar: Facebook Nur Zaliana

4. Ini usia 2 minggu lepas tanam saya letak baja kopi 888 campur foliar seaweed-Amino

Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

5. Ini usia 1 bulan Hasil Selepas Tanam (HST) letak lagi baja tinja ayam.

Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

6. Usia 37 HST ulang lagi letak baja 888 Seaweed amino +Trichoderma & bacillus bio foliar dan siram kat tanah terus beli di Shopee saja.

Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

7. Usia 43 HST ulang langkah no 6.

Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

8. 55 HST start membulat direct matahari malam pulak kena cahaya lampu jalan, sebab betul-betul tanam bawah lampu jalan.

Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

Kita baja lagi dengan tinja ayam cara saya corek keliling pokok kobis tu letak baja timbus sambil tu naikkan sikit tanah keliling pokok kobis.

9. 63 HST kena ada unsur K yang tinggi untuk pembentukan buah nak senang beli maxxigreen di Shopee.

Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

Ada cara lain tips jimat tebang pokok pisang kulit pisang pun boleh ambil, ambil batang cincang lepas tu masukkan dalam tong cat 18 liter tu kemudian letak air peram 24 jam 3-4 hari pun boleh kena tahan dengan bau dia yang harum tu hehe .

Ambil pekatan 1 liter + air biasa 2 liter siramkan terus kena daun pun takpe tak lecur. Fungsi dia apa boleh cari kat google ye hehe.

10. 78 HST crop mula penuh dan keras hari-hari kena buat spot check lebih lagi waktu malam ulat dan siput suka makan daun tiada kawalan serangga kita guna manual saja.

Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

11. 80 HST masih yang sama buat siram air batang pisang 2 hari sekali siram air kosong dan stop membaja. Sebab kena tinggal balik kampung sian cik kobis

Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

Adik nak gi sekolah  pun dan lagi mama ambil pic buat kenangan

Wanita Ajar "Step" Tanam Kobis Sampai Tumbuh Mekar
Gambar: Facebook Nur Zaliana

12. Usia 90 HST lepas balik kampung terus tengok dia dulu walau pun jam 2 pagi sampai sayang nak petik tapi dah masanya kenangan sungguh betul-betul rasa peel dia tu

Kalau beli di kedai ni murah ja kobis tapi nak tanam jugak dapat 1 pengalaman.

Baru petik, best suara daun bunyik kruppp krappp.

Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana
Sabar Menanti Hasil Wanita ajar "Step" Tanam Kobis
Gambar: Facebook Nur Zaliana

Alhamdulillah syukur nikmat, 11 ketoi pengalaman jaga dia akhirnya membuahkan hasil walau tak seberapa tetap happy.

Kakak happy, berat katanya suruh amik gambo cepat lenguh tangan

Sumber: Facebook Nur Zaliana Dari Kumpulan Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?