Siakap Keli
Pelajar Institusi
Gambar via Bernama

Pelajar Institusi KPM Termasuk Pelajar Tingkatan Enam Diberi Cuti Mengundi Dari 17 Hingga 21 Nov

Pelajar Institusi KPM Termasuk Pelajar Tingkatan Enam Diberi Cuti Mengundi Dari 17 Hingga 21 Nov

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Pelajar Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam diberi pelepasan pada 17 hingga 21 Nov ini untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan itu selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari pengundian PRU15 pada 19 Nov.

“Tempoh pelepasan yang diberikan ini adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memaklumkan ketetapan itu juga sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1 Dis 2021 dan berkuat kuasa mulai 15 Dis tahun sama.

Semua kelas atau aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain, menurut kenyataan itu.

BACA: Satu Set Hanya RM9.90 & Boleh Dapat Snack Plate Combo KFC Percuma, Ni Cara Nak Tebus Guna ‘Phone’ Je

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: BERNAMA

Faiz Mustafa