Siakap Keli
Sg. Anak Bukit Taman Aman

Aras Sg. Anak Bukit Di Taman Aman Melebihi Paras Air Bahaya Sejak 36 Jam Lalu, Kini Mula Menurun

Sg. Anak Bukit Taman Aman Kedah Rekod Paras Air Bahaya

Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kedah yang dilaporkan melebihi paras air bahaya dalam tempoh 36 jam lalu kini mula menurun secara perlahan-laha. Perkara berkenaan dimaklumkan 0leh Majlis Keselamatan Negara, Kedah sebentar tadi.

Terdahulu, hujan lebat yang melanda beberapa negeri termasuk seluruh Kedah semalam menyaksikan beberapa kawasan di negeri itu, khususnya di Baling dan Kota Setar dinaiki air.

Dalam pada itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man menerusi laman Facebook rasmi miliknya memaklumkan keadaan banjir yang melanda kawasan Siong, Baling, Kedah sebentar tadi.

Difahamkan, banjir tersebut berpunca dari limpahan air sungai ekoran hujan lebat yang melanda negeri itu sejak semalam. Dalam pada itu, seramai 108 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Baling sejak pagi tadi.

Sementara itu, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah juga berkata, 108 mangsa tersebut telah dipindahkan ke tiga pusat PSS iaitu seramai 57 orang di PPS SK Tanjung pari, 33 orang di PPS SK Sri Bayu dan 18 orang di PPS SK Siong.

Disamping itu, mereka juga telah memberikan peringatan dan nasihat kepada penduduk setempta agar sentiasa berwaspada dan bersedia untuk berpindah sekiranya berlaku banjir serta hubungi pihak berkuasa dan penyelamat dengan kadar segera.

BACA: Satu Set Hanya RM9.90 & Boleh Dapat Snack Plate Combo KFC Percuma, Ni Cara Nak Tebus Guna ‘Phone’ Je

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, MKN Kedah, APM Negeri Kedah

Faiz Mustafa