Siakap Keli
Cara Bomba Padam Kebakaran Tiang Elektrik
Gambar: TikTok celorengmerahbajuapi

Tak Guna Alat Pemadam Api Jenis “Powder”, Rupanya Ini Cara Bomba Padam Kebakaran Tiang Elektrik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak Guna Alat Pemadam Api Jenis “Powder”, Rupanya Ini Cara Bomba Padam Kebakaran Tiang Elektrik

Kebakaran merupakan satu musibah yang tidak terduga. Ia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti cuaca, masalah sistem pendawaian elektrik (litar pintas) dan sebagainya.

Kebiasaannya, kebakaran yang berlaku boleh menyebabkan nyawa orang yang tinggal berdekatan berada dalam risiko.

Sering kali kita mendengar mengenai mangsa yang terkorban akibat kebakaran terutamanya disebabkan oleh litar pintas pada waktu malam.

Antara kebakaran yang seringkali dilaporkan berlaku termasuklah kebakaran di kawasan perumahan melibatkan sistem pendawaian elektrik ini. Mereka yang sedang nyenyak dibuai mimpi tidak sedar bahawa sedang berlaku kebakaran sekitar rumah mereka.

Selain itu, orang awam juga berisiko terkena renjatan elektrik sekiranya sistem pendawaian tidak diselia dengan baik.

Jika berlaku kebakaran melibatkan tiang elektrik di kawasan perumahan, apakah cara yang boleh diambil bagi memadamkan api atau mengawal keadaan dan dalam masa yang sama memastikan keselamatan penduduk terjamin?

Untuk mengetahuinya, mungkin perkongsian video oleh anggota bomba di TikTok menerusi akaun @celorengmerahbajuapi ini ada jawapannya.

Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa anggota bomba sedang cuba sedaya upaya untuk memadamkan kebakaran di sebuah tiang elektrik yang terbakar.

 

 

 

@celorengmerahbajuapi Kebakaran tiang elektrik. Ini caranya . Short pulse with jet stream. #fyp #fypシ #fypage #bomba #bombamalaysia #bombamalaysia🇲🇾 #firefighter #firefightertiktok #bombajohor #fire #bombalarkin #malaysia #malaysiatiktok #gopro #gopromy ♬ P.I.M.P. (NethMG Remix) – 50 Cent

Menurut pemilik video itu, pihak bomba telah menerima maklumat berhubung perkara itu setelah dimaklumkan oleh orang awam.

Apa yang menariknya adalah pihak Bomba dengan tenang dapat mengawal kejadian tersebut dengan menggunakan pili air.

Dihubungi oleh SK, anggota bomba itu berkata mereka menggunakan  teknik yang dikenali sebagai short pulse. 

Jelasnya, anggota bomba telah dilengkapi dengan PPE  dan juga telah mempelajari teknik pemadaman yang sepatutnya.

“Dalam kes ini secara teorinya air adalah konduktor pada aliran elektrik tetapi orang awam tidak digalakkan sama sekali meniru teknik ini kerana boleh membahayakan orang awam,” katanya.

Tambahnnya lagi, kaedah short pulse dilakukan agar tiada aliran elektrik berlaku pada anggota bomba.

“Faktor ketinggian dan bahaya kepada anggota menyebabkan kita tidak menggunakan alat pemadam api jenis powder/c02.

“Diingatkan sekali lagi orang awam tidak dibenarkan meniru kaedah ini. Hubungi pihak berkaitan jika berlaku kejadian seperti ini,” katanya lagi.

Untuk pengetahuan, dalam kes seperti ini, pihak bomba hanya bertindak untuk memadamkan kebakaran yang berlaku dan tiada kuasa untuk memutuskan bekalan elektik.

Sebaliknya, pihak bomba akan memaklumkan kejadian seperti itu kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk tindakan selanjutnya.

“Ia prosedur biasa setiap kali berlaku kebakaran berkaitan elektrik,” jelasnya.

Sehingga kini video tersebut telah meraih perhatian ramai di TikTok dengan mendapat lebih 663,000 tontonan dan lebih 34,900 tanda ‘Suka’.

Sumber: TikTok celorengmerahbajuapi

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.