Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menarik, Rupanya Ini Kandungan Bahan Kimia Dalam Alat Pemadam Api

Azzwin
bahan kimia
Kredit: ImageFX

Menarik, Rupanya Ini Kandungan Bahan Kimia Dalam Alat Pemadam Api

Dalam kehidupan seharian, alat pemadam api sering dilihat tergantung di dinding pejabat, pusat beli-belah atau bangunan awam.

Namun begitu, setiap jenis alat pemadam api mengandungi agen tertentu yang direka khas mengikut kelas kebakaran yang berbeza.

Oleh itu, penting untuk mengetahui bahan kimia yang terkandung di dalamnya.

Hari ini, SK kongsikan kandungan dalam alat pemadam api mengikut kelas, menurut portal Encore Fire Protection.

Serbuk kering (Kelas A, B, C)

Untuk pengetahuan, alat pemadam api jenis ini paling biasa digunakan kerana ia sesuai untuk kegunaan umum.

Lazimnya, ia mengandungi serbuk kimia kering seperti monoammonium fosfat atau natrium bikarbonat.

lelaki padam api
Kredit: ImageFX

Difahamkan, ia berkesan untuk memadam kebakaran melibatkan bahan mudah terbakar biasa, cecair mudah terbakar dan peralatan elektrik.

Selain itu, ia juga selamat dilepaskan di kawasan terbuka. Namun begitu, elakkan daripada menghidu serbuk tersebut kerana ia boleh menyebabkan iritasi.

Karbon dioksida (Kelas B, C)

Portal Encore Fire Protection menjelaskan bahawa alat pemadam api karbon dioksida direka untuk memadam kebakaran melibatkan peralatan elektrik dan cecair mudah terbakar.

Selain itu, ia berfungsi untuk menyingkirkan oksigen di sekeliling api, sekali gus menyebabkannya terpadam.

wanita padam api
Kredit: ImageFX

Alat ini selamat untuk dilepaskan di luar bangunan, namun penggunaannya di ruang tertutup tanpa pengudaraan perlu dielakkan.

Hal ini kerana gas karbon dioksida boleh mengurangkan paras oksigen dan meningkatkan risiko sesak nafas.

Pemadam air (Kelas A)

Seterusnya, portal Encore Fire Protection menjelaskan yang alat pemadam api jenis ini pula hanya mengandungi air.

Oleh itu, ia selamat untuk dilepaskan di kawasan terbuka.

Walau bagaimanapun, ia hanya sesuai untuk kebakaran seperti kertas dan kayu.

lelaki padam api
Kredit: ImageFX

Difahamkan, ia tidak boleh digunakan untuk kebakaran elektrik atau kebakaran melibatkan minyak dan gris kerana air boleh mengalirkan elektrik dan menyebabkan api merebak.

Kebiasaannya, alat ini terdapat dalam silinder besar berwarna perak atau aluminium.

Pemadam dapur (Kelas K)

Menurut portal Encore Fire Protection, alat pemadam api kelas K direka khusus untuk kebakaran dapur yang melibatkan minyak dan lemak masakan.

Tambahan lagi, ia mengandungi kalium astetat yang berfungsi menyejukkan api.

Selain itu, ia juga membentuk lapisan buih di atas minyak panas bagi menghalang api daripada menyala semula.

wanita padam api
Kredit: ImageFX

Walaupun bahan kimia ini tidak terlalu toksik, ia bersifat berminyak dan sukar dibersihkan.

Alat ini juga biasanya hadir dalam silinder besar berwarna perak atau aluminium. Jadi, pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati agar tidak tertukar dengan alat pemadam air.

Logam mudah terbakar (Kelas D)

Menurut portal Encore Fire Protection, alat pemadam api kelas D pula direka khas untuk kebakaran melibatkan logam reaktif seperti magnesium, natrium, aluminium atau titanium.

Kebiasaannya, ia mengandungi serbuk kering seperti natrium klorida atau sebatian berasaskan kuprum yang berfungsi mengasingan api dan menyerap haba.

lelaki padam api
Kredit: ImageFX

Alat ini hanya sesuai digunakan untuk kebakaran logam dan tidak boleh digunakan untuk jenis kebakaran lain.

Pengendaliannya memerlukan perhatian khusus dan tidak digalakkan untuk dilepaskan kecuali dalam situasi kebakaran logam yang sebenar.