Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Kawalan Pengunjung Tidak Mencukupi Punca Tragedi Halloween – PM Korea Selatan

Kawalan pengunjung tidak mencukupi punca tragedi Halloween – PM Korea Selatan

SEOUL, 1 Nov (Bernama) — Rempuhan orang ramai yang berlaku pada malam Sabtu di daerah Itaewon, Korea Selatan semasa perayaan Halloween sebahagiannya berpunca daripada pengurusan orang ramai yang lemah, menurut Perdana Menteri Han Duck-soo pada Selasa.

“Satu daripada punca utama (kejadian itu) adalah pengurusan orang ramai, dengan (Korea Selatan) kurang mendapat sokongan institusi dan tiada tindakan sistematik yang mencukupi,” kata Han pada sidang akhbar bersama wartawan asing di Seoul, lapor Xinhua.

Han berkata walaupun lebih ramai pegawai polis dikerahkan ke Itaewon, ia mempunyai kuasa yang terhad untuk mengawal orang ramai susulan tiadanya peraturan lengkap untuk tujuan itu.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Beliau berikrar untuk mempertingkat peraturan yang berkaitan bagi mengelak bencana seperti itu berulang, sambil menyatakan bahawa punca kejadian itu akan diketahui selepas polis menyelesaikan siasatan.

Sekurang-kurangnya 156 orang terbunuh dan 151 lagi cedera dalam insiden terburuk di negara itu sejak peristiwa feri karam pada April 2014 menyebabkan 304 terkorban, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada orang ramai yang masuk ke lorong berbukit yang sempit dan terjatuh di daerah hiburan malam yang popular di Seoul.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Kebanyakan mangsa berumur belasan tahun, 20-an dan 30-an apabila lebih 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk meraikan Halloween tanpa pelitup muka, acara terbesar di negara itu sejak penularan wabak COVID-19 pada 2020.

Kekurangan pegawai polis untuk mengawal orang ramai yang terperangkap dan terhimpit di jalan sesak dipercayai mencetuskan insiden terbabit.

Menurut polis 137 anggota digerakkan untuk acara Halloween pada Sabtu.

Sumber: BERNAMA

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.