Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Tiada Peningkatan Ketara Penggunaan Ganja – AADK

Tiada peningkatan ketara penggunaan ganja – AADK

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Penggunaan ganja dalam kalangan penagih di negara ini tidak mencatatkan peningkatan ketara setakat ini, meskipun negara jiran Thailand telah membenarkan penggunaan bahan itu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon berkata pihaknya serta agensi penguat kuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sering menjalankan pemantauan di sempadan negara bagi memastikan rakyat Malaysia tidak memiliki atau mengambil dadah selepas melancong ke Thailand.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

“Setakat ini, tiada peningkatan begitu tinggi sebab Thailand benarkan ganja dan penggunaan awam belum ada peningkatan di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Dadah ke-43 di sini hari ini yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau berkata pada masa ini penggunaan dadah jenis sintetik lebih tinggi berbanding ganja di negara ini.

Jun lepas, Thailand menjadi negara Asia pertama yang menghapuskan ganja daripada senarai narkotiknya dan membenarkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Sementara itu, Wan Ahmad Dahlan menerusi ucaptamanya berkata dalam tempoh lima tahun belakangan ini, hampir 20,000 tan dadah terlarang dirampas di negara anggota ASEAN dengan anggaran rampasan lebih 3,800 tan setahun.

Beliau berkata kanabis adalah dadah terlarang yang paling banyak dirampas di negara anggota ASEAN, diikuti bahan psikoaktif baharu (NPS) dan stimulan jenis amfetamin (ATS).

Wan Ahmad Dahlan berkata lebih 2.3 juta pengguna dadah di rantau ini menerima rawatan termasuk 63.6 peratus pengguna baharu bagi lima tahun belakangan ini.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Katanya, menurut laporan pemantauan dadah ASEAN, bagi tahun lepas sahaja sebanyak 585,695 pengguna dadah di negara-negara ASEAN menerima rawatan, iaitu peningkatan 8.3 peratus berbanding pada 2020.

“Meskipun pandemik COVID-19, akses pengguna dadah kepada rawatan dalam ASEAN telah meningkat 36.1 peratus sejak 2019,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.