Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Tiga Lagi Daerah Dilanda Banjir Di Sabah

Tiga lagi daerah dilanda banjir di Sabah

KOTA KINABALU, 1 Nov (Bernama) — Tiga lagi daerah iaitu Tenom, Keningau dan Sipitang dilanda banjir di Sabah, selepas Kunak dan Penampang, sekali gus menyebabkan mangsa banjir meningkat mendadak kepada 724 mangsa daripada 201 keluarga, berbanding 75 orang daripada 14 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan tujuh lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka petang ini iaitu tiga di Tenom, Keningau (2) serta dua di Sipitang.

Seramai 298 mangsa daripada 80 keluarga dipindahkan di Tenom dengan PPS Rumah Kebudayaan Makakagas menempatkan 259 mangsa daripada 71 keluarga; Rumah Kebudayaan Kalang Kanar (29 mangsa, tujuh keluarga) dan Rumah Kebudayaan Gunting (10 mangsa, dua keluarga).

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Sementara itu di Keningau sebanyak 296 mangsa daripada 87 keluarga dipindahkan melibatkan PPS Dewan Gereja Kampung Senangang (199 mangsa, 40 keluarga) dan PPS Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (97 mangsa, 47 keluarga).

Di Sipitang, seramai 55 mangsa banjir membabitkan 20 keluarga dipindahkan membabitkan PPS Dewan Mini Mesapol (47 mangsa, 18 keluarga) dan PPS Dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Chung Hwa Mesapol (lapan mangsa, dua keluarga).

Menurut kenyataan itu PPS Dewan Kampung Airport Tun Fuad di Kunak yang dibuka semala masih menempatkan 66 mangsa daripada 13 keluarga manakala PPS Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang yang dibuka awal pagi tadi turut mengekalkan penempatan sembilan mangsa daripada satu keluarga.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

“Trend semasa mangsa banjir ketika ini meningkat, manakala hujan lebat telah berhenti pada petang ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran dalam laman sesawangnya memaklumkan Sungai Pegalan di Ansip, Keningau yang melebihi tahap bahaya pagi tadi menurun ke paras normal petang ini, manakala Sungai Padas di Tenom meningkat ke tahap amaran pada 176.91 meter (m) berbanding 157.57m pagi tadi.

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan turut memaklumkan Jalan Amboi 1 di Tenom ditutup dan tidak selamat untuk dilalui orang ramai ekoran kerosakan jalan akibat banjir kilat.

“Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Tenom-Kuala Tomani,” menurut JKR.

Menurut jabatan itu, Jalan Beaufort di Menumbok tidak boleh dilalui kenderaan kecil petang ini berikutan banjir akibat limpahan air Sungai Padas, justeru penduduk dinasihatkan menggunakan laluan alternatif di Jalan Limbawang Bypass.

Sumber: BERNAMA

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.