Siakap Keli
Gambar: KCNA Via KNS/AFP

Korea Utara Lancar Lebih 10 Peluru Berpandu, Satu Dilapor Mendarat Berdekatan Perairan Korea Selatan

Korea Utara Lancar Lebih 10 Peluru Berpandu, Satu Dilapor Mendarat Berdekatan Perairan Korea Selatan

KOREA SELATAN – Lebih 10 peluru berpandu dilaporkan telah dilancarkan oleh Korea Utara termasuk satu yang mendarat berdekatan dengan perairan Korea Selatan, lapor AFP.

Ia disahkan oleh Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lebih 10 peluru berpandu pelbagai jenis telah dilancarkan Korea Utara menghala ke arah timur dan barat.

Satu peluru berpandu balistik jarak dekat telah melintasi Garisan Had Utara, iaitu sempadan antara kedua-dua negara itu.

Susulan itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kepada penduduk di kepulauan Ulleungdo untuk berlindung di dalam kawasan bawah tanah.

Dalam pada itu, pihak tentera berkata bahawa ia merupakan kali pertama peluru berpandu Korea Utara mendarat berdekatan dengan perairan wilayah Korea Selatan sejak ia dibahagikan dalam permusuhan perang pada tahun 1953.

Peluru berpandu itu dikatakan  berada paling hampir dengan Korea Selatan setelah mendarat di kawasan perairan dengan hanya 57 kilometer dari timur tanah besar.

Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, tentera Korea Selatan telah melepaskan kembali tiga peluru berpandu ke dalam laut menghala ke utara sempadan maritim kedua-dua negara itu.

Terdahulu, pada Mac 2010, kapal selam Korea Utara telah melanggar kapal tentera laut Korea Selatan yang telah membunuh 46 orang pelayar termasuk 16 orang yang sedang menjalankan perkhidmatan tentera mereka.

Pada November tahun yang sama, negara itu telah membedil pulau sempadan Korea Selatan dan membunuh dua tentera laut.

Sumber: AFP

Farah Nabilah