Siakap Keli
Kredit Sinar Harian

Teka-Teki Terjawab, Shahidan Kassim Sah Bertanding Di Arau Guna Tiket PN

Teka-Teki Terjawab, Shahidan Kassim Sah Bertanding Di Arau Guna Tiket PN

Datuk Seri Shahidan Kassim disahkan bakal bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) bagi merebut kerusi Perlimen Arau menentang calon BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lapor Sinar Harian.

Majlis memperkenalkan calon PN Perlis secara rasmi dilaporkan akan diadakan di Kompleks Pas Kangar pada malam ini.

Pencalonan Shahidan itu dikatakan mendapat izin daripada PN pusat dan bakal menjadi sandaran kepada gabungan untuk memperolehi kemenangan di Arau dan sekali gus lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Menurut Shahidan, beliau bertekad mahu mempertahankan kerusi Arau dalam melawan calon BN, Datuk Rozabil Abd Rahman secara habis-habisan.

“Bukan sahaja penyokong Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sokong saya, saya nak UMNO juga sokong saya. Ini kerana semua gerak kerja di Arau, saya yang atur selama ini daripada A sampai Z.

“Tiba-tiba tolak macam itu sahaja, ambil pula bukan jawatankuasa bahagian, orang luar. Di Arau ini akan menjadi model Muafakat Nasional. Insya-ALLAH selain Parlimen Arau, empat kerusi DUN dalam tangan dan satu lagi DUN tunggu,” katanya pada hari ini.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Terdahulu, Barisan Nasional telah menggugurkan nama Shahidan Kassim bagi bertanding di kerusi Parlimen Arau dan menggantikannya dengan calon lain di kawasan berkenaan.

Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli berkata penyokong Pas sedia memberi sokongan kepada nama Shahidan sebagai calon. Pencalonan beliau bukan sahaja mendapat persetujuan Pusat malah telah dipersetujui di peringkat negeri.

“Watikah calon itu akan diserahkan oleh peringkat Pusat dan nama Shahidan sebagai calon PN Arau akan diumumkan malam ini dalam satu majlis memperkenal calon PN Perlis.

“Penyertaan Shahidan itu secara tidak langsung memberi kelebihan tambahan kepada PN bukan sahaja di Arau tetapi Perlis secara keseluruhan,” kata Mohd Shukri pada hari ini.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.