Siakap Keli
Gambar: Tiktok Astro Awani

Diva AA Tarik Diri, Tak Jadi Bertanding Parlimen Gombak Selepas Dapat Bisikan Dari Mimpi Arwah Ibu

Diva AA Tarik Diri, Tak Jadi Bertanding Parlimen Gombak Selepas Dapat Bisikan Dari Mimpi Arwah Ibu

Pelakon dan pengacara, Azwan Ali atau lebih popular dengan gelaran Diva Tersohor AA dilapor tidak jadi bertanding dalam PRU-15 selepas menarik diri daripada mencalonkan diri sebagai calon Parlimen Gombak sebentar tadi.

Katanya lagi, keputusan itu dibuat selepas mendapat mimpi dan mendengar bisikan daripada arwah ibunya.

”Bisikan arwak Mak Tom, dia selalu datang dalam mimpi saya. Jadi, mak menasihatkan saya supaya jangan bertanding,” katanya, menerusi laporan Tiktok Astro Awani.

@501awani

Azwan Ali tarik diri pada saat akhir pada hari Penamaan Calon PRU15 . #MalaysiaMemilih

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Semalam, media melaporkan bahawa beliau mengesahkan akan bertanding dalam pilihanraya akan datang. Penyandang kerusi Parlimen Gombak dan calon PN dalam PRU-15 merupakan abang kandung beliau, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau memenangi kerusi tersebut dalam PRU-14 di atas tiket PH.

Parlimen Gombak dianggap sebagai kerusi panas selepas turut PH mencalonkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari sebagai calon pakatan tersebut. Beliau dianggap sebagai calon heavy weight bagi PH.

Manakala, BN pula meletakkan calon dari UMNO iaitu Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Aziz Jamaludin Mhd Tahir pula sebagai calon GTA.

BACA: PRU15: Azwan Ali Sah Bakal Bertanding Di Gombak

BACA: PRU-15: Meriah, Ratusan Penyokong Iringi Calon Ke Pusat Penamaan Calon Hari Ini

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?