Siakap Keli
Kredit Sinar Harian

PRU15: Azwan Ali Sah Bakal Bertanding Di Gombak

PRU15: Azwan Ali Sah Bakal Bertanding Di Gombak

Selebriti dan personaliti TV sensasi Azwan Ali disahkan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi merebut kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan laporan Astro Awani, Azwan Ali bakal bersaing dengan abangnya sendiri iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Pertembungan yang dijangka sengit berlaku di Parlimen Gombak itu turut ditambah dengan penampilan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Selain dari itu, calon Barisan Nasional pula mempertaruhkan nama Datuk Megat Zulkarnain Omardin manakala Gerakan Tanah Air (GTA) pula meletakkan Aziz Jamaludin Mhd Tahir sebagai calon di Parlimen Gombak tersebut.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Azwan, 56 tahun berkata, pada esok hari beliau akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak bagi menjalani proses penamaan calon.

“Saya akan berada di SMK Sungai Pusu. Jadi, orang ramai boleh ikut lintas langsung yang saya buat melalui TikTok dan Instagram (IG) untuk mendapatkan jawapan,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Untuk makluman, kerusi Parlimen Gombak sebelum ini disandang oleh Azmin Ali yang merupakan bekas Timbalan Presiden PKR sebelum bertindak meninggalkan parti itu pada Februari 2020 lalu.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Menurut Azwan lagi, beliau mengakui gementar untuk menghadiri hari penamaan calon pada esok hari.

“Saya gementar kerana kali terakhir saya nampak kelibat Azmin adalah pada PRU14. Selepas sekian lama, esok pastinya saya akan sekali lagi bertembung dengan Azmin.
“Inilah masa dinanti-nantikan ribuan rakyat dan penyokong. Ramai yang mahu melihat momen ini,” katanya.
Azwan mendakwa membuat keputusan untuk bertanding sekali lagi dalam PRU15 ini kerana telah mendapat sokongan daripada banyak pihak.

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka