Siakap Keli
elon musk buang pekerja twitter
Gambar: AFP

Twitter Rugi Lebih RM 18 Juta Sehari, Elon Musk Dedah Tiada Pilihan Selain Buang Pekerja

Twitter Rugi Lebih RM 18 Juta Sehari, Elon Musk Dedah Tiada Pilihan Selain Buang Pekerja

Manusia terkaya di dunia dengan aset berjumlah USD 205.9 bilion (RM 977 bilion) mendedahkan pengurusan syarikat terbarunya, Twitter tiada pilihan selain memecat sebahagian pekerjanya selepas syarikat itu mengalami kerugian lebih USD 4 juta (RM 18 juta) sehari.

Katanya lagi, pekerja-pekerja yang dilepaskan bagaimanapun diberikan pampasan selama 3 bulan gaji dan amaun berkenaan adalah 50 peratus melebihi jumlah yang ditetapkan dalam perundangan Amerika Syarikat.

Semalam, AFP melaporkan bahawa Twitter mula memecat kira-kira separuh daripada 7,500 pekerjanya bermula Jumaat menerusi email.

Mereka yang terlibat dengan pemberhentian itu diminta pulang selepas habis waktu perjabat dan tidak melaporkan diri semula. Langkah berkenaan dikatakan diambil bagi memastikan Twitter kembali mencatatkan keuntungan.

“Sebagai usaha untuk meletakkan Twitter dalam landasan yang sihat, kita akan melalui pelbagai proses yang rumit untuk mengurangkan tenaga kerja global.

“Kami maklum bahawa tindakan ini akan mmemberikan kesan kepada beberapa individu yang telah memberikan sumbangan bernilai terhadap Twitter, tetapi tindakan ini perlu diambil untuk memastikan kejayaan syarikat untuk terus maju ke depan ,” menurut sebahagian daripada kenyataan email yang dihantar itu.

Pekerja-pekerja Twitter sebelum ini dikatakan sudah bersedia menerima berita buruk ini sejak Musk telah melengkapkan pengambil alihan Twitter sepenuhnya bernilai RM 208 bilion minggu lepas. Sejak itu, Musk secara terbuka menyebut tentang pembaharuan yang akan dibuat, termasuk memecat barisan pentadbiran dan eksekutif kanan syarikat.

Beberapa kakitangan syarikat itu juga mendedahkan mereka kini berdepan dengan jadual kerja yang padat dan memenatkan bagi melaksanakan pembaharuan yang mahu dibuat, selain turut tular gambar-gambar yang menunjukkan ada staf terpakasa tidur di pejabat untuk mengejar tarikh akhir projek yang semakin hampir.

BACA: Suruh Balik & Jangan Datang Lagi, Twitter Mula Buang Kira-kira 3,750 Pekerja Mulai Hari Ini

Sumber: Twitter Elon Musk

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?