Siakap Keli
Francesco Bagnaia Juara MotoGP Dunia
Gambar: JAVIER SORIANO/AFP

Pecco Bagnaia Dinobat Juara Dunia MotoGP 2022

Pecco Bagnaia Dinobat Juara Dunia MotoGP 2022

Pelumba Ducati, Francesco “Pecco” Bagnaia, 25 dinobatkan sebagai Juara Dunia MotoGP dalam kejohanan Valencia Grand Prix yang berlangsung di Sepanyol hari ini.

Pelumba Itali itu mengesahkan kejuaraan tersebut dengan bergaya walaupun melengkapkan perlumbaan terakhir pada kedudukan kesembilan di belakang pemenang perlumbaan, Alex Rins dari Jepun.

Bagaimanapun ia sudah cukup untuk beliau menjadi pendahulu dan merangkul kejuaraan itu.

“Ia merupakan perlumbaan yang paling sukar dalam hidup saya. Saya bergelut dalam beberapa pusingan kejohanan ini dan menyasarkan kedudukan lima teratas.

“Bagaimanapun, yang penting saya telah bergelar juara dunia,” katanya.

Kejayaan itu turut disambut baik oleh lagenda motosikal Itali, Valentino Rossi yang merupakan pelumba terakhir negara itu yang merangkul kejuaraan itu pada 2009.

Turut hadir dalam acara itu ialah Juara Motosikal Itali 50 tahun lalu, Giacomo Agostini.

Sewaktu pertengahan musim, Pecco berada 91 mata di belakang juara bertahan, Fabio Quartararo namun perkara itu tidak menggugatnya untuk menjuarai kejohanan MotoGP edisi kali ini.

Juara Bertahan dari Perancis itu ketinggalan 23 mata daripada Pecco dan memerlukan kemenangan pada pusingan akhir perlawanan namun berada pada kedudukan keempat.

Ia sekaligus meranapkan impiannya itu untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada edisi sebelum ini.

BACA JUGA: (Video) Viral Gelagat Kucing Jadi Patung Model Baju Ketika ‘Live’, Langsung Tak Berganjak Bikin Terhibur

Sumber: AFP

BACA JUGA: Juara Dunia MotoGP: Peluang Tipis Quartararo Mampu Buat Bagnaia Gigit Jari Di Valencia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?