Siakap Keli
Kredit Fakta.Indo/Instagram

Tak Tahu Apa Sebab, Video Wanita Baling Kerusi Ke Arah Penari K-Pop Tular

Tak Tahu Apa Sebab, Video Wanita Baling Kerusi Ke Arah Penari K-Pop Tular

Satu video yang memaparkan aksi seorang wanita membaling kerusi plastik ke arah peserta acara tarian K-Pop di sebuah pusat beli-belah telah menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Suara.com.

Video itu dikatakan dirakam menggunakan kamera telefon orang awam yang sedang menonton acara tarian tersebut.

Video yang dikongsikan oleh akaun Instagram @fakta.indo itu didakwa berlaku di sebuah pusat beli-belah di Makassar, Sulawesi Selatan.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, kelihatan seorang wanita yang bertudung merah telah bertindak melemparkan kerusi platik berwarna hijau ke arah pentas utama acara tersebut. Tepat ketika salah seorang peserta sedang asyik menunjukkan aksi tariannya.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Kredit Fakta.Indo/Instagram
Kredit Fakta.Indo/Instagram

Walau bagaimanapun, kerusi tersebut tidak mengenai peserta terbabit. Malahan, peserta itu dilihat tidak mengendahkan dan meneruskan tariannya.

Sebelum membaling kerusi tersebut, wanita itu dilihat bersembunyi disebalik ‘stand’ pakaian yang dijual berhampiran acara berkenaan.

Berikutan dari tersebarnya video berkenaan, Rata-rata netizen telah mempersoalkan perbuatan wanita itu yang membaling kerusi plastik berkenaan.

Malah wanita tersebut juga menjadi buah mulut warga Indonesia yang berang dengan tindakannya itu. Selain itu, beberapa komen sarkastik turut ditinggalkan oleh penonton selepas menonton video berkenaan.

Antara komen penonton yang ditinggalkan netizen di ruangan komen video tersebut seperti berikut:

“Itu bukan mak saya,” tulis seorang netizen.

“Apa salah penari itu? Dia cuma menari sahaja. Baguslah tu. Daripada dia buat benda yang bukan-bukan,” tulis lagi salah seorang pengguna media sosial Instagram.

Sumber: Suara.Com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka