Siakap Keli

Dah Nak Habis 2022 Pun Masih Single, Rupanya Ini Sebab Kenapa Selalu Kena “Reject”

Bulan Disember, adakalanya menjadi bulan yang padat bagi geng-geng single apabila terpaksa memenuhi undangan perkahwinan sahabat-sahabat kan?

Tahun beralih tahun dan umur pun semakin meningkat, adakalanya terdetik juga di hati, bila pula agaknya giliran diri sendiri berada di atas pelamin. Tetapi apa kan daya, usaha demi usaha, apa orang cakap dan sarankan, semua dah buat, tetapi tetap juga sukar nak temui pasangan hidup, kenapa ya?

Sebenarnya, ada banyak sebab, selain jodoh belum datang, geng-geng single ni sukar nak bina hubungan yang boleh bertahan lama. Salah satunya, mungkin disebabkan diri sendiri juga kan. Yelah, kalau nak berharap sahaja dengan wajah yang kacak atau jelita, tetapi penampilan diri ‘kelaut’, pun tak berguna juga.

Bila bercakap ada bau mulut, asal keluar dating je nampak tak bermaya dan badan pula berbau hamis, rambut tak dijaga, kulit nampak pudar dan macam-macam lagi, juga boleh jadi punca pasangan angkat kaki tau.

Tertanya-tanya juga, kenapa ye boleh jadi macam itu? Sebenarnya, salah satu punca yang ramai orang tidak sedar adalah badan kita penuh dengan toksin. Masalah toksin ini, jika tak diatasi memang boleh ‘menjemput’ banyak masalah. Jadi, dah nak habis 2022 ni, kena cepat-cepat selesaikan masalah toksin ini.

Macam mana toksin berkumpul dalam badan?

Tiada definisi yang jelas tentang toksin, tetapi toksin boleh juga dianggap sebagai sisa-sisa buangan yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan, misalnya karbon dioksida. Toksin juga boleh berpunca daripada bahan-bahan kimia yang ada di persekitaran, walaupun diuji selamat, namun mempunyai kesan pendedahan jangka panjang yang tidak jelas.

Salah satunya adalah bahan kimia yang dikenali sebagai persistent organic pollutants (POPs). Bahan ini dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti penyakit hati, kanser, masalah hormon, masalah tumbesaran kanak-kanak dan juga masalah pada otak.

Toksin juga boleh terkumpul dalam badan melalui pendedahan terhadap bahan kimia yang ada atau digunakan pada barang-barang kegunaan harian seperti di rumah. Bahan-bahan ini boleh jadi ada di dalam air, makanan dan peralatan lain.

Contohnya, memakan sayur atau buah-buahan tidak organik dan tidak dicuci dengan betul. Ladang-ladang tidak organik ini biasanya menggunakan racun perosak untuk mengawal makhluk perosak. Racun-racun yang disembur adakalanya terkena pada sayur dan buah-buahan tersebut. Selain itu, bahan kimia juga boleh ditemui dalam pewarna, perasa dan perisa tiruan yang ada dalam makanan kita. Produk pencuci yang digunakan setiap hari juga mengandungi bahan kimia.

Pendek kata, badan manusia memang tidak dapat lari daripada ‘bertemu’ dan terdedah dengan bahan toksin ini setiap hari.

Makan buah dan sayur, bantu atasi masalah toksin

Badan mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan toksin-toksin ini sendiri. Tetapi, kita boleh mengambil beberapa langkah untuk membantu badan mengeluarkan toksin-toksin ini. Salah satunya adalah makan buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

Antara yang boleh diamalkan adalah seperti kiwi, nanas, epal, pear, lemon, epal, markisa, timun, bayam, celery.

Misalnya di dalam buah nanas, terdapat satu sebatian yang dikenali sebagai bromelain yang dapat menambah baik fungsi penghadaman dalam badan kita. Selain itu, kandungan serat dan nutrien yang tinggi dalam nanas juga membantu lebih banyak nutrisi diserap oleh badan.

Di dalam buah epal pula, terdapat sebatian yang dikenali sebagai pectin. Apa pula fungsi pectin ini? Pectin adalah sejenis serat dan dapat ‘mengikat’ dengan kolesterol dan kandungan-kandungan berat lain yang terbentuk di dalam badan, dan membantu menyikirkan toksin yang di dalam usus.

Manakala untuk buah kiwi, buah ini mengandungi pelbagai nutrisi antaranya serat, vitamin dan juga antioksidan. Kandungan serat yang tinggi dan rendah kalori menjadikan buah kiwi sangat ideal untuk anda yang mahu mengurangkan berat badan dan juga menyingkirkan toksin daripada badan.

Selain itu, buah markisa pula mengandungi serat diet yang dapat membantu usus berfungsi dengan baik dan memastikan perut kekal sihat. Buah markisa juga dapat menghalang masalah sembelit dan masalah-masalah usus yang lain.

Bagi buah lemon pula, ia mengandungi vitamin c dan juga antioksidan yang dapat membantu menyerap lebih banyak air ke dalam usus. Ia sekaligus dapat memastikan perut tidak terhidrasi dan masalah sembelit tidak berlaku.

Buah pear pula tinggi serat, vitamin c dan vitamin k selain mengandungi potassium dan juga antioksidan. Ia dapat membantu memelihara kesihatan perut, memudahkan penghadaman dan juga mencegah sembelit.

Seterusnya, bayam dan timun pula tinggi dengan kandungan serat yang dapat mengawal kandungan kalori dan juga kandungan-kandungan yang dapat menjadikan kulit lebih lembut serta cantik. Timun juga mengandungi antimicrobial properties yang dapat menambah baik fungsi imun badan.

Tetapi dengan kesibukan, adakalanya tak sempat

Namun begitu, dengan kesibukan harian, adakalanya kita tidak sempat untuk ke pasar sebentar membeli buah-buahan dan sayur-sayuran. Apatah lagi, nak pembelian dengan penuh teliti, supaya buah atau sayur yang dibeli datang dari ladang pertanian organik kan.

Jadi macam mana? Sebenarnya, anda boleh mengamalkan produk Kitsui Belloss Fiber, iaitu produk yang dapat membantu fungsi badan menyingkirkan toksin. Produk ini dihasilkan daripada bahan semula jadi iaitu gabungan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti di atas.

Ia juga menawarkan keselamatan yang paling terjamin bagi kesihatan dan kesejahteraan produk semula jadi yang berkesan, disokong oleh nasihat dan maklumat terbaik. Malah, ia juga memberikan manfaat kepada semua pengguna, tidak kira jantina tau.

Kaya dengan gabungan 18 vitamin dan mineral, rasa buah-buahan semula jadi dalam Kitsui Belloss Fiber ini menjadikannya mudah untuk diambil dan sangat sedap untuk diminum.

Kitsui, produk yang ada sijil KKM dan Halal JAKIM

Kitsui Belloss Fiber adalah produk keluaran Gemini Beauty Resources (M) Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 1996. Syarikat ini begitu komited untuk membantu orang ramai dengan menghasilkan produk-produk kesihatan serta kecantikan dengan tahap kualiti tahap ekstrem.

Semua produk Kitsui termasuk Kitsui Belloss Fiber ini dihasilkan melalui Amalan Pengilangan Baik (GMP) selain telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Lagi satu fakta menarik, produk ini juga diformulasikan daripada formula khas dibangunkan di Korea Selatan yang diketahui menggabungkan bahan-bahan semulajadi terbaik dan sesuai dengan gaya hidup moden penggunanya.

Pilihan pengguna, 20 tahun dalam pasaran

Sudah bertapak dalam pasaran selama 20 tahun, Kitsui Belloss Fiber ini adalah antara produk kesihatan dan kecantikan tambahan yang paling mendapat kepercayaan daripada pengguna-pengguna.

Malah, ia juga diedarkan oleh semua farmasi utama termasuk dua syarikat gergasi iaitu Watson dan Guardian. Untuk mendapat tempat dalam dua farmasi ternama ini, boleh dikatakan bahawa Kitsui Belloss Fiber ini bukan calang-calang produk.

Banyak manfaat, bantu badan jadi lebih sihat

Selain gabungan kandungan 18 vitamin dan mineral daripada bahan-bahan semula jadi, Kitsui Belloss Fiber juga mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan penggunanya.

Antaranya, ia dapat membantu mengurangkan masalah sembelit, membantu mengempiskan perut, membantu badan membuang sisa-sisa toksin dalam usus serta membantu menyokong penyerapan nutrisi-nutrisi penting.

Bagi mereka yang sistem badannya tidak dapat detoksin dengan baik, ataupun kerap sembelit, mereka juga berisiko untuk mempunyai sistem imun yang lemah, jadi dengan bantuan Kitsui Belloss Fiber ini, ia dapat membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Kitsui Belloss Fiber ini juga amat sesuai untuk semua jantina dan bagi mereka yang selalu sukar untuk membuang air besar, khususnya mereka yang buang air kurang daripada tiga kali seminggu. Selain itu, mereka yang kurang makan sayur atau buah, atau sukar makan sayur atau buah, juga elok mengamalkan produk ini.

Bagi yang selalu risau sama ada badan mendapat manfaat nutrisi yang secukupnya daripada makanan harian juga sesuai menggunakan Kitsui Belloss Fiber ini. Seperti yang dikongsikan sebentar tadi, produk ini mengandungi gabungan 18 vitamin dan mineral, jadi ia boleh membantu anda mendapatkan nutrisi penting jika anda mempunyai tabiat pemakanan yang tidak seimbang.

Mana nak beli Kitsui Belloss Fiber?

Kitsui Belloss Fiber dijual di dalam bentuk kotak yang mengandungi 15 sachet dan setiap sachet adalah seberat 15 gram. Dalam pasaran, ia dijual pada harga RM 39.80 sekotak.

Selain boleh diperolehi di farmasi-farmasi seperti Watson dan Guardian, anda juga boleh membeli Kitsui Belloss Fiber secara atas talian melalui:

Laman web Kitsui :

https://kitsui.com.my/shop/health-beauty-en/health-care-en/fitness-nutrition-en/nutrition-drinks-shakes-en/kitsui-belloss-fiber/

Shopee Kitsui:

https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.76158512-1667386675.9

Untuk maklumat lanjut mengenai Kitsui Belloss Fiber atau produk-produk lain yang dikeluarkan oleh Kitsui, anda boleh layari laman web dan Instagram Kitsui.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.