Siakap Keli
Mata Wang Kripto
Gambar via TRT World

Pernah Capai Nilai Lebih RM 300 Ribu, Kini Nilai Bitcoin Jatuh Menjunam Bawah RM 77 Ribu

Pasaran mata wang kripto telah mengalami kerugian besar apabila harga bitcoin telah jatuh menjunam hampir ke paras terendah sejak dua tahun lalu. Dalam pada itu, pihak pelabur juga turut bimbang dengan kesan daripada kegagalan pertukaran kripto FTX.

Ketua FTX, Sam Bankman-Fried berkata, dia telah ‘meneroka’ semua pilihan yang ada, namun harapan untuk menyelamatkannya semakin pudar hingga menyebabkan FTX dilihat tidak stabil. 

Dalam pada itu, menerusi laman sesawang rasmi mereka, FTX menjelaskan bahawa pada masa ini mereka tidak dapat melakukan sebarang proses pengeluaran dan menasihatkan agar pelanggan juga tidak melakukan sebarang transaksi deposit. 

Fokus kini tertumpu kepada kerugian pelanggan yang tidak diketahui saiznya dan juga kesan sentimen terhadap kejatuhan bersejarah dalam industri yang kini diibaratkan seperti periuk api yang tidak mahu dipijak oleh para pelabur.

Memetik TRT World, nilai token asli FTX, FTT dilaporkan telah turun sebanyak 90 perantus minggu ini dan mereka sedaya upaya mencuba untuk pastikan ia dalam keadaan stabil iaitu kekal sebanyak RM9.40 melebihi paras rekod terendah sebelum ini, RM7.05. 

Disamping itu, nilai bitcoin juga telah jatuh dibawah paras RM75,207 buat kali pertama sejak akhir tahun 2020 semalam. Kali terakhir ia dilaporkan berada pada nilai RM77,252. 

Rabu lepas, media melaporkan pesaing terbesar kepada FTX, Binance telah meninggalkan perjanjian jaminan keluar. Ia susulan gergasi kripto itu menarik diri daripada tawaran tidak terikat untuk membeli FTX.

OKX juga mendedahkan sudah didekati oleh pihak bank Bankman-Fried, yang berkata liabiti berjumlah RM 37 bilion perlu didapatkan semula dengan segera.

Pengarah Pasaran Kewangan di OKX, Lennix Lai berkata, malah Elon Musk (manusia terkaya di dunia) sekalipun tidak akan dapat untuk membuat perjanjian liabiliti RM32 bilion dalam masa beberapa jam dan ia melebihi keupayaan mereka.

The Wall Street Journal menerusi TRT World juga melaporkan Bankman-Fried memberitahu kepada pelabur bahawa FTX memerlukan RM37.6 bilion untuk menampung kerugian akibat pembatalan perjanjian tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak FTX enggan memberi sebarang komen berkaitan hal tersebut. 

BACA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: TRT World

Faiz Mustafa