Siakap Keli
Bilik Enjin Feri
Gambar via Kosmo

Bilik Enjin Feri Dalam Proses Pembaikan Terbakar

Bilik Enjin Feri Dalam Proses Pembaikan Terbakar

ALOR SETAR, 11 Nov (Bernama) — Sebuah feri yang dalam proses pembaikan di limbungan kapal di Bukit Malut dekat Langkawi terbakar, petang tadi.

Ketua Bomba Zon Langkawi Penguasa Bomba Mohd Fadzullah Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5 petang.

“Kebakaran berlaku ketika proses pembaikan sedang dilakukan dan melibatkan bilik enjin feri berkenaan, bagaimanapun ia tidak melibatkan mangsa dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan air dan 11 tong buih pada peringkat pertama dan sebanyak 12 tong buih tambahan telah dihantar ke lokasi kejadian pada peringkat seterusnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kebakaran telah berjaya dikawal pukul 6.46 petang dan proses pemadaman sedang giat dilakukan.

BACA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

BACA JUGA: Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: BERNAMA

Faiz Mustafa