Siakap Keli
Bayi Lima Bulan
Gambar via Sinar Harian

Bayi Lima Bulan & Ibu Cedera Dihempap Pokok Ru Ketika Berkelah Di Tanjung Puteri

Dua termasuk bayi berusia lima bulan dilaporkan cedera selepas dihempap oleh sebatang pokok ru ketika berkelah bersama keluarga di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka pada Sabtu, 12 November 2022. 

Menurut laporan, seorang bayi lelaki dan ibunya cedera dihempap pokok tumbang dalam kejadian kira-kira 6.30 petang tadi. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, suami dan isteri yang yang masing-masing berusia 30 tahun itu sedang berkelah bersama tiga anak mereka di pantai tersebut sebelum tragedi itu berlaku. 

Difahamkan, ketika sedang berkelah, sebatang pokok ru dipercayai tumbang dengan tiba-tiba dan salah satu dahan pada bahagian tengah pokok menghempap dua beranak itu. Difahamkan juga, ketika itu keadaan baru sahaja selepas hujan. 

“Ibu mangsa yang sedang mendukung anak lelakinya berusia setahun lima bulan tidak sempat mengelak dan dihempap pokok berusia lebih 20 tahun itu.

“Manakala suaminya sedang menemani dua lagi anak mereka mandi manda di pantai,” jelasnya, lapor Sinar Harian. 

Dalam pada itu, orang ramai yang berada di tempat kejaidan membantu mangsa termasuk membuat penggilan kecemasan.

BACA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: Sinar Harian

Faiz Mustafa