Siakap Keli

Kualiti Terjaga, Sentiasa “Juicy”, Ini Cara Nak Tukar Ayam KFC Kalau Anda Tak Puas Hati

Tak Puas Hati Dengan Kualiti Ayam KFC, Ini 4 Cara Untuk Tukar Yang Baru

Bila sebut pasal KFC, kita mesti akan teringat memori dengan keluarga, kawan-kawan kan? Bila ayah dah gaji je mesti ayah bawa balik KFC untuk anak-anak merasa sebulan sekali. Dulu kita bukan dari keluarga yang senang, bila dapat makan KFC sebulan sekali pun dah nikmat tak terkata dah. Lagi-lagi bila berebut dengan adik-beradik nak bahagian peha ayam. 

Kebelakangan ini, KFC sering kali menjadi kritikan netizen apabila pelanggan mendakwa kualiti ayam mereka semakin tidak memuaskan berbanding sebelum ini. KFC tidak berdiam diri, mereka terus bertindak pantas memastikan ayam goreng kegemaran kita sentiasa di tahap terbaik dan berkualiti.

KFC sentiasa berusaha memberikan kualiti terbaik dalam setiap hidangan yang mereka tawarkan kepada pelanggan. Kualiti itu diterjemahkan kepada ayam yang segar dan digoreng setiap hari. Jadi anda sebagai pelanggan dapat menikmati kesegaran ayam goreng yang rangup diluar lembut dan juicy di dalam.

Tapi, kalau anda masih tak berpuas hati dengan kualiti hidangan di KFC dan tak kena dengan tekak anda, contohnya seperti tak cukup juicy, hangit, terlalu berminyak, tak lembut, tak panas, atau tak begitu berperisa, anda boleh tukar dengan ayam yang baru dengan mengikut cara-cara yang berikut.

1. Scan QR code yang ada di meja restoran KFC

2. Klik Get Replacement

3. Lengkapkan borang tersebut dan klik Submit

4. Tunjuk laman ini kepada staf KFC di kaunter dan tukar dengan ayam yang baru.

Syarat-syarat untuk membuat pertukaran, ianya mestilah pembelian di restoran sahaja. Selain daripada makan di restoran  tidak boleh diterima. Anda boleh tukar ayam sebelum makan, ayam yang sudah habis dimakan tidak boleh tukar. 

Lepas ini, dah tak ada lagi kes viral di media sosial orang mengadu kualiti ayam KFC ini teruk sebab KFC komited dengan melancarkan polisi jaminan kualiti ini untuk kepuasan pelanggan. Siapa nak belanja SK makan KFC hari ini boleh pm tepi. Nak order KFC Online boleh klik SINI



Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)