Siakap Keli
Kredit: Bernama | Twitter | Gambar via Google Images

Dr. Zul Puji Lirik Lagu ‘Aku Maafkan Kamu’, Netizen ‘Usik’ Minta Kolaborasi Dengan Malique

Dr. Zul Puji Lirik Lagu ‘Aku Maafkan Kamu’, Netizen ‘Usik’ Minta Kolaborasi Dengan Malique

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji makna yang terdapat pada lirik lagu rap Aku Maafkan Kamu, nukilan Malique dan warganet ada yang meminta agar mereka berdua berkolaborasi untuk menghasilkan sebuah lagu.

Bagi sesiapa yang meminati Malique, penampilan fesyen atau rupa paras bukanlah faktor yang menjadikan penyanyi rap ini sebagai ikon.

Salah satu ciri yang menyebabkan Malique kelihatan lain daripada yang lain adalah penulisan lirik rapnya yang sangat puitis dan mengggunakan bahasa Melayu secara sepenuhnya.

Selain daripada penulisan lirik rap yang bersifat puitis dengan penggunaan kosa kata tinggi, tidak dinafikan lagu-lagu yang dihasilkan oleh Malique banyak memberikan makna yang mendalam.

Kebanyakan lagunya menyentuh isu yang berkaitan dengan situasi yang dihadapi oleh maysrakat.

Justeru, hal ini telah dipersetujui oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Dr. Zulkifli yang memuji penulisan lirik penyanyi rap tersebut apabila seorang pengguna Twitter yang membuat ciapan berdasarkan lirik lagu Aku Maafkan Kamu.

Kredit: Twitter

Ciapan Dr. Zulkifli telah meraih perhatian warganet di Twitter dengan diulang kicau sebanyak 2,056 kali dan menerima 5,041 tanda suka setakat ini.

Kebanyakan warganet merasa kagum atas pujian yang diberikan oleh Dr. Zulkifli ketika dirinya menilai hasil penulisan penyanyi rap Malique.

Ada juga warganet yang merasa teruja untuk meminta kedua-dua pihak tersebut adakan satu kolaborasi untuk menghasilkan sebuah lagu.

Kredit: Twitter

Dr. Zulkifli berseloroh dengan ciapan tersebut dengan memberi balasan “Nanti jadi nasyid.” yang membuatkan warganet tercuit hati.

Namun begitu, bagi kami dan pengguna Twitter tidak kisah akan genre lagu tersebut, mana tahu kan betul-betul ada kolaborasi antara Dr. Zulkifli dan Malique nanti.

BACA: Tiga Pegawai Imigresen Ditahan Kes Seludup, Pemerdagangan Manusia Di KLIA, JB

Sumber: Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma