Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hari ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali mencuri perhatian ramai apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembebasan beliau daripada empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Keputusan itu nyata mendapat pelbagai reaksi warga maya terutamanya yang mengikuti perkembangan beliau di media sosial.
Selain mengucapkan tahniah atas perkembangan tersebut, ada juga pengguna media sosial yang mengambil kesempatan bergurau mengenai status perkahwinannya dengan tunangnya yang juga penyanyi, Bella Astillah.
Lebih-lebih lagi, ada yang mula mengusik bahawa selepas melalui fasa sukar itu, Syed Saddiq kini boleh memberi fokus kepada perkara lain, termasuk soal tarikh pernikahannya mereka.


Turut mendapat perhatian peguamnya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang sempat berseloroh menyentuh mengenai status pertunangan Syed Saddiq.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarganya kerana memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kami. Kami mendoakan yang terbaik buat beliau.
"Kami tahu dia sudah bertunang. Jadi, adakah dia boleh berkahwin?" katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menitipkan harapan agar Syed Saddiq terus berjaya dan kekal menjadi seorang juara dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Sebelum ini, Syed Saddiq berkata buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada keputusan rayuan akhir yang akan diputuskan terlebih dahulu.
Menurutnya, dia hanya akan memberikan komen berkaitan soal perkahwinannya bersama Bella Astillah selepas keputusan berkenaan diumumkan.




