Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

"First Day" Kerja Kedai Baby, Abang Ni Minta Netizen Buat-buat Tanya Soalan
Betullah orang cakap, kalau nak cari hiburan percuma, media sosiallah tempatnya.
Kadang-kadang, hanya satu gambar dan satu soalan ringkas sudah cukup membuatkan ribuan netizen 'berkampung' di ruangan komen.
Tambahan pula dengan gelagat netizen Malaysia yang memang terkenal dengan kepakaran bab berjenaka, memang kreatif di luar kotak.
Baru-baru ini, satu perkongsian menerusi Threads @hzqnord berjaya menarik perhatian ramai.
Dalam hantaran ringkas itu, seorang lelaki meminta bantuan netizen untuk 'memeriahkan' hari pertamanya bekerja di sebuah kedai barangan bayi.
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berkenaan memuat naik sekeping gambar dirinya dengan kapsyen ringkas.
"First day kerja kedai baby, tolong buat-buat tanya soalan jap," tulisnya.

Mungkin pada awalnya dia hanya mahu mendapatkan sedikit interaksi daripada pengguna Threads.
Mungkin juga dia menjangkakan netizen akan bertanya soalan biasa seperti harga pampers, susu bayi atau barangan keperluan anak kecil.
Tapi macam biasa, bila sudah melibatkan netizen Malaysia, memang susah nak jangka.
Peluang yang diberi tidak dilepaskan begitu sahaja. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, ruangan komen mula dipenuhi dengan pelbagai soalan. Bukan sahaja mencuit hati, malah ada yang langsung tidak terlintas di fikiran.
Mana tidaknya, daripada bertanya tentang produk bayi, ada yang mula ‘lari topik’.
Gelagat netizen yang memenuhi ruangan komen itu turut mengundang reaksi pengguna lain yang sudah dapat menjangka 'kekecohan' bakal berlaku.
"Abang pakai pampers saiz berapa?"
"Bang, berat 80 tinggi 170 ambil pampers saiz apa?"
"Bang mahal tak harga pampers? Kalau mahal saya tak nak kahwin lagi."
"Bang, kawan saya panggil suami dia baby. Agak-agak pakai saiz apa? Nak bagi hadiah birthday."
"Kalau baby perut kembung, sapu minyak Yu Yee ke 2T?"
Walaupun soalan-soalan tersebut kedengaran tidak masuk akal, itulah yang membuatkan ruangan komen tersebut menjadi hiburan kepada ramai pengguna.
Walaupun ruangan komen penuh dengan lawak, ramai juga sebenarnya mengambil peluang untuk memuji lelaki berkenaan.
Ada pengguna berkongsi bahawa dia sering melihat video lelaki itu di TikTok dan menyukai cara penerangannya tentang produk bayi.
"Video TikTok Manjaku abang dah banyak lalu FYP saya. Apa saya suka cara abang explain segala promo dan product specification. Tak gopoh dan matang. Video editor pun kreatif dan tak serabut editing-nya," komen seorang netizen.