Siakap Keli
Sumber: Google

Balenciaga Muncul Jenama Pertama Padam Akaun Twitter, Tanda Protes Dengan Polisi Baharu Elon Musk

Balenciaga Muncul Jenama Pertama Padam Akaun Twitter, Tanda Protes Dengan Polisi Baharu Elon Musk

Gergasi dunia fesyen, Balenciaga menjadi jenama terkemuka dunia yang pertama mengambil keputusan untuk meninggalkan Twitter, lapor majalah Fortune.

Balenciaga bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa ia memilih untuk memadamkan akaun dengan 1 juta pengikut itu, tetapi kemungkinan langkah itu diambil selepas perubahan pada dasar pengesahan Twitter yang diperkenalkan syarikat itu baru-baru ini.

Perubahan tersebut menyaksikan pertambahan akaun yang menyamar sebagai akaun sebenar yang sekaligus boleh membahayakan reputasi sesebuah syarikat dan individu berpengaruh.

Semenjak mengambil alih Twitter, Elon Musk telah memperkenalkan pembaharuan yang sebahagiannya dikecam banyak pihak, termasuklah langganan Twitter Blue sebanyak USD 8 sebulan yang membenarkan sesiapa sahaja boleh mendapatkan tanda pengesahan. Tindakan itu membuka ruang kepada individu tidak bertanggungjawab untuk membuat langganan dan menyamar sebagai selebiriti, ahli politik serta terkemuka di platform tersebut.

Setakat ini, antara yang menjadi mangsa adalah syarikat farmaseutikal gergasi, Eli Lilly baru-baru ini. Seorang individu didakwa mencipta sebuah akaun baharu menggunakan nama Eli Lilly dan melanggan Twitter Blue serta mendapat tanda pengesahan.

Akaun itu kemudian memuat naik satu tweet yang berbunyi, ”Kami teruja untuk mengumumkan bahawa insuliin ditawarkan secara percuma sekarang”. Akibat tweet berkenaan, harga saham Eli Lilly dilapor jatuh mendadak.

Selain itu, pengeluar senjata, Lockheed Martin turut mengalami nasib yang sama apabila pengguna dengan akaun yang disahkan, berpura-pura menjadi akau syarikat itu dan menghantar tweet bahawa mereka akan menghentikan penjualan senjata di negara tertentu.

Selain Balenciaga, terdapat beberapa syarikat lain yang telah menarik semula langganan iklan dengan Twitter. Antaranya adalah United Airlines, Pfizer, interpublic Group dan General Motors model.

BACA: Lelaki Fail Penceraian, Dakwa Isteri Terlalu Taksub Dengan Anjing Peliharaan Hingga Anggap Sebagai Anak

Sumber: Fortune

Shafikah