Siakap Keli
Jadi Pembantu Rumah Di Singapura
Gambar via Vibrant Dot

Jadi Pembantu Rumah Di Singapura, Wanita Dakwa Mampu Beli Tiga Biji Rumah & Dua Bidang Tanah

Menjadi seorang pembantu rumah mungkin sering dipandang rendah di sesetengah negara walhal ia merupakan satu kerja yang  mulia dan paling penting ia juga salah satu sumber rezeki halal. 

Begitu juga nasib seorang wanita warga Filipina yang diperlekeh oleh sesetengah pihak di laman aplikasi TikTok miliknya. Dia lantang bersuara menerusi satu video membalas komen dari salah seorang netizen yang mengatakan dia hanyalah seorang ‘maid‘.

Membalas komen tersebut, wanita berkenaan mengaku dia mungkin sekadar seorang pembantu rumah di Singapura. Namun di negaranya, dia mendakwa sudah mampu membeli kereta dan juga tiga buah rumah di Cavite, sebuah bandar di Filipina.

Selain itu, dia turut memaklumkan mampu membeli dua bidang tanah di daerah Samal, dengan salah satunya terletak berhampiran pantai.

“Singapura merupakan tempat yang baik untuk menjana pendapatan yang lumayan dan sebagai pelaburan masa depan. Jadi, kalau saya hanya pembantu rumah pun di Singapura, tidak mengapa,” jelasnya. 

Video tersebut yang dimuat naik menerusi laman TikTok tahun lalu telah berjaya menarik perhatian pengguna media sosial hingga berjaya meraih 128,200 tanda suka dan juga 2234 komen. 

Menerusi ruangan komen di video tersebut, rata-rata netizen memuji dan menyokong wanita tersebut dan ada juga yang meminta di membawa mereka ke Singapura untuk bekerja. 

BACA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: The Independent

Faiz Mustafa