Siakap Keli

Raikan Detik-Detik Bermakna Dengan Tawaran Akhir Tahun Daripada Sonos

KUALA LUMPUR, 21 NOVEMBER 2022 – Cara terbaik untuk menghabiskan Krismas anda adalah dengan orang tersayang – mencipta kenangan bersama yang akan kekal seumur hidup. Cara yang terbaik untuk berbuat demikian adalah dengan mengumpul keluarga dan rakan-rakan dalam keselesaan rumah anda sendiri! Sonos, salah satu jenama pengalaman audio terkemuka di dunia,  kini menetapkan suasana yang sempurna untuk hiburan pada percutian kali ini. Sama ada anda ingin menaik taraf sistem bunyi untuk mengisi rumah anda dengan bunyi yang mantap, atau mencari hadiah yang sempurna untuk orang yang anda sayangi, Sonos mempunyai apa yang anda perlukan untuk membuat setiap detik dengan keluarga dan rakan-rakan anda berharga. 

Musim perayaan ini, Sonos akan menawarkan potongan sehingga RM300 untuk produk terpilih dan peminat Sonos  boleh membeli pembesar suara Sonos kegemaran mereka pada harga diskaun bermula 12 hingga 18 Disember 2022 di trysonos.my, Lazada Malaysia dan Harvey Norman. Apatah lagi, rakyat Malaysia kini boleh mencuba pelbagai produk Sonos di Sonos Concept Store pertama di Malaysia yang terletak di The Starhill, Kuala Lumpur bermula 2 Disember 2022, di mana mereka dapat menikmati pengalaman bunyi yang terbaik dan mantap. 

Tingkatkan Pengalaman Teater Rumah Anda 

Musim perayaan yang tidak dapat dilupakan memerlukan sistem bunyi yang cemerlang. Dengan Sonos, anda kini dengan bangganya dapat menjemput keluarga dan rakan-rakan anda untuk menyambut Krismas yang tidak dapat dilupakan. 

Sonos Beam dan Sub Mini: Gandingan Yang Sesuai Untuk Krismas

Penggemar filem yang ingin menikmati maraton pada Krismas ini boleh berbuat demikian dengan generasi terbaru bar bunyi pintar yang padat dan semua-dalam-satu Sonos Beam yang  digandingkan dengan Sub Mini elegan yang baharu, subwoofer tanpa wayar yang menetapkan standard baharu dalam kategorinya untuk bass yang berkuasa namun seimbang. Upgrade teater rumah ini juga akan membuatkan anda dan tetamu anda menikmati sambutan perayaan kali ini tanpa henti – Pesta Krismas dan Malam Tahun Baru anda yang meriah untuk anda!

Sonos Arc: Kelilingi Keluarga Anda dengan Kasih Sayang dan Bunyi

Mereka yang ingin meningkatkan teater rumah mereka boleh berbuat demikian dengan Sonos Arc.  Padat dengan bunyi Dolby Atmos yang mendalam untuk TV, filem,  muzik, gaming dan banyak lagi, Sonos Arc menyampaikan bunyi yang paling premium dan dinamik untuk pengalaman filem utama di rumah. Kumpulkan orang yang anda sayangi dan nikmati sistem bunyi yang mendalam.

Rakan Bunyi yang Mantap

Sama ada anda berehat di rumah atau melancong Krismas ini, muzik sentiasa menjadi teman terbaik untuk membawa anda dalam suasana perayaan ini. 

Sonos Roam dan Sonos One: Mencipta Momen Berharga Dengan Lancar

Pembesar suara pintar kecil dan ringan ini memberikan bunyi yang luar biasa di mana sahaja anda berada. Dari rumah anda ke tempat rakan anda atau ke tempat perkhemahan kegemaran, anda boleh membuat kenangan dan momen berharga dengan mudah, kerana Sonos  Roam  dan Sonos One mempunyai sambungan nirwayar dan fungsi berbilang bilik untuk dinikmati oleh semua. 

Dari bar bunyi TV hingga pembesar suara mudah alih, Sonos menawarkan semua yang anda rindukan! Ambil pilihan anda hari ini dari Sonos Concept Store pertama di Starhill, Kuala Lumpur atau layari trysonos.my dan ikuti @tcacoustic untuk  kemas kini atau promosi terkini. 

Nur Farra