Siakap Keli
Webb NASA Dedah Suasana Eksoplanet
Gambar: NASA/ESA/CSA/J. Olmsted (STScI)

Gambaran Lebih Jelas, James Webb NASA Dedah Suasana Eksoplanet Yang Belum Pernah Dilihat Sebelum Ini

Gambaran Lebih Jelas, James Webb NASA Dedah Suasana Eksoplanet Yang Belum Pernah Dilihat Sebelum Ini

Teleskop angkasa tercanggih Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), James Webb baru-baru ini berjaya mengesan suasana eksoplanet yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Menurut laman rasmi NASA, teleskop itu menemui molekul dan kimia angkasa yang jauh.

Walaupun teleskop angkasa lain termasuk Hubble dan Spitzer NASA pernah mendedahkan maklumat ini sebelum ini, namun Webb mampu memberikan gambaran yang lebih jelas berhubung atom, molekul, tanda-tanda kimia aktif dan awan angkasa.

Hasil data yang diperolehi terkini memberikan petunjuk tentang bagaimana awan kelihatan dari jarak dekat seperti ‘selimut’ di atas planet.

Difahamkan, rangkaian instrumen Webb dilatih pada atmosfera WASP-39 b iaitu “Saturn Panas” yang mengorbitkan sebuah bintang dengan jarak kira-kira 700 tahun cahaya jauh.

Webb NASA Dedah Suasana Eksoplanet
Gambar: NASA/ESA/CSA/J. Olmsted (STScI)

Seorang ahli astronomi di Universiti California, Santa Cruz, Natalie Batalha menjelaskan mengenai penemuan itu.

“Kami memerhatikan eksoplanet dengan pelbagai instrumen seperti kanta inframerah yang luas.

“Data seperti ini adalah pendedahan baharu,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengkaji dari Universiti Cornell, Laura Flagg berkata bahawa dia sangat gembira dengan perkara itu.

“Kami akan dapat melihat gambaran besar atmosfera eskoplanet. Saya sangat gembira apabila mengetahui mengenainya.

“Ia merupakan sebahagian perkara terbaik sepanjang saya bergelar seorang saintis,” katanya.

Penemuan itu memberikan petanda baik yang menonjolkan kebolehan Webb dalam menjalankan pelbagai penerokaan angkasa bagi semua jenis eksoplanet.

Untuk pengetahuan, Teleskop James Webb merupakan sebuah balai cerap sains angkasa terkenal di dunia.

Webb ditugaskan untuk menerokai dan mendedahkan misteri dalam sistem suria kita dengan lebih mendalam.

Teknologi ini merupakan program antarabangsa yang diketuai oleh NASA dengan kerjasama Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan Agensi Angkasa Kanada (CSA).

Sumber: NASA

BACA JUGA: Berpuluh Kali Cuba, ‘Filter’ 10 Saat Ni Jadi Trend Kat IG, Berpeluh Juga Nak Habiskan

Muhd Iqbal