Siakap Keli
lelaki tertusuk logam terselamat
Gambar: CEN via Daily Star

Ajaib, Lelaki Tertusuk Bar Keluli Beberapa Inci Dari Otak Dilapor Selamat

Seorang pekerja binaan secara ajaib terselamat selepas mukanya tertusuk keluli bar yang terhenti beberapa inci dari otaknya semasa terjatuh di tapak pembinaan di Giresun, timur laut  Turkiye, lapor Daily Star.

Lelaki yang berusia 39 tahun itu, diibarat seperti diberi peluang untuk hidup berikutan pengalaman pahit yang mengerikan didedah pada imej X-ray. Di mana besi itu menembusi tulang pipinya dan kedudukannya berada di belakang mata, hanya beberapa inci dari otak lelaki itu.

Kredit: CEN via Daily Star

Mangsa terlihat longlai serta tidak berdaya terbaring di atas katil hospital dengan kepingan keluli besar terkeluar dari sebelah kanan mukanya.

Pada mulanya, lelaki itu dibawa ke hospital tempatan di daerahnya dan kemudian dipindahkan ke hospital yang lebih besar di Bandar Samsun, yang memerlukan masa tiga jam perjalanan dengan kereta.

Pakar perubatan dikatakan dapat mengeluarkan besi konkrit dari mukanya, sebelum dia dirawat di unit rawatan rapi, namun pada ketika ini tidak diketahui keadaannya.

Kemalangan jiwa berlaku setiap empat jam

Menurut laporan Perhimpunan Kesihatan dan Keselamatan Kerja Pekerja, seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia setiap empat jam dalam kemalangan pekerjaan yang berlaku di Turkiye tahun lepas.

Difahamkan, jumlah kemalangan jiwa melibatkan sektor pembinaan adalah yang kedua tertinggi yang direkodkan iaitu sebanyak 335 kematian.

Kemalangan yang sama berlaku 

Dalam pada itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di India mencuri tumpuan selepas menjadi mangsa kemalangan ngeri ketika bermain bersama rakan-rakannya pada 4 Oktober lalu.

Mulut kanak-kanak itu ditusuki oleh besi keluli yang terkeluar dari mulutnya selepas terjatuh di atas logam ketika bermain di tapak bangunan.

Gadis muda itu diselamatkan oleh pakar perubatan dan doktor menyifatkan ia sebagai kes paling menyedihkan yang pernah berlaku dalam kehidupan profesionalnya.

“Ia adalah kes paling menyedihkan yang saya temui dalam kehidupan profesional saya,” kata Dr Rajkumar Koli, doktor yang merawatnya.

Walaupun tusukan yang mengerikan berlaku, gadis itu bertuah kerana besi itu tidak berada di kedudukan bahaya pada saraf penting dan saluran darah ke otak.

Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan baik dan dijangka akan pulih sepenuhnya.

Sumber: Daily Star

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana