Siakap Keli
rekod dunia hantar makanan
Sumber: Instagram Maanasa Gopal

Wanita Cipta Rekod Dunia Hantar Makanan Ke Antartika Sejauh 30,000 KM

Wanita Cipta Rekod Dunia Hantar Makanan Ke Antartika Sejauh 30,000 KM

Seorang wanita warga Singapura yang juga merupakan penghantar makanan mencipta rekod dunia dengan menghantar makanan kepada pelanggannya pada jarak sejauh 30,000 kilometer (km).

Pemilik akaun Instagram @nomadonbudget yang dikenali sebagai Maanasa Gopal itu menghantar pesanan makanan dari Singapura ke Antartika sejauh 30,000 km dan melintasi empat benua.

Dalam video yang dikongsikan di laman Instagram, dapat dilihat dia melakukan perjalanan sambil membawa bungkusan makan di tangannya bermula dari Singapura.

Pengembaraan jauhnya kemudian bersambung ke wilayah Hamburg, diikuti oleh Buenos, Ares, Ushuaia dan akhir sekali barulah tiba di Antartika.

Malah, dalam video itu juga menunjukkan perjalanannya di beberapa laluan bersalji dan berlumpur, namun itu tidak menjadi penghalangnya untuk menghantar makanan tersebut kepada pelanggannya.

“Hari ini saya melakukan penghantaran makanan khas ke Antartika dari Singapura! Sangat teruja untuk bekerjasama dengan orang-orang hebat di @foodpandasg untuk melakukan ini.

“Bukan setiap hari anda boleh menghantar makanan dari Singapura merentasi 30,000 km dan empat benua ke satu tempat paling terpencil di bumi,” tulisnya dalam laman Instagram baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang sama, dia turut mendedahkan bahawa pada tahun 2021 dahulu dia pernah cuba mengumpulkan dana untuk ekspedisi ke Antartika dan mahukan mana-mana pihak untuk menajanya.

Justeru dia dapat dikatakan agak bernasib baik kerana impiannya itu akhirnya tercapai juga menerusi maklum balas daripada Food Panda (Singapura) bulan lepas yang bersedia menajanya.

Sementara itu, video yang dikongsikannya di laman Instagram telah mendapat tontonan sebanyak 38,000 jumlah tontonan.

 

 

Sumber: NDTV

 

 

Florence Nuar