Siakap Keli
kuih koci hello kitty
Gambar: Diana Pinky via Facebook

Wanita Buat Kuih Koci ‘Hello Kitty’, Netizen Terpegun “Sayang Pula Nak Makan,”

Kuih koci merupakan hidangan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat khususnya penduduk di kawasan pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Keunikan yang ada pada kuih itu membuatkan ia lebih menonjol daripada kuih yang lain.

Pada luaran, kuih itu memaparkan tekstur yang lembut dan kenyal yang diperbuat daripada tepung pulut. Di dalamnya, ia mempunyai inti kelapa dan gabungan itu memberikan rasa manis dan pahit hingga membuatkan ramai terkecur air liur apabila melihatnya.  

Apabila kenduri atau majlis keramaian, kuih koci pasti akan terhidang dan dijadikan sebagai pencuci mulut kerana ia sesuai dinikmati selepas selesai menjamu selera, bagi membolehkan mulut serta perut ‘dicuci’ dengan manisan kuih.

Di laman Facebook, tentunya terdapat banyak halaman yang dibentuk bagi membolehkan rakyat Malaysia berkongsi mengenai makanan, tempat pelancongan serta tips-tips yang berkait dengan kehidupan.

Kuih koci bentuk Hello Kitty

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Diana Pinky berkongsi mengenai masakan yang dibuat olehnya di halaman Masak Apa Hari Ini (MAHN) yang terkenal dalam laman Facebook.

Gambar: Diana Pinky via Facebook
Gambar: Diana Pinky via Facebook

Hantaran yang dibuat olehnya mendapat perhatian yang ramai ekoran kuih koci yang dibuat yang daripada yang lain hingga ramai yang kagum dengan kemahiran yang dimiliki olehnya.

Wanita tersebut membuat kuih koci berbentuk Hello Kitty dan Melody menyerupai anak kucing yang terkenal di dunia. Dia turut memaparkan butiran yang terdapat pada watak fiksyen itu agar ia kelihatan sama seperti patung tersebut.

Walaupun hanya melukis wajah sahaja namun kekemasan butiran yang ditonjolkan memikat hati pembaca hingga ramai yang mahu membuat tempahan kuih tersebut.

Gambar: Diana Pinky via Facebook

‘Sayang pula nak makan’

Dalam pada itu, warganet dilihat bergiat aktif dalam memuji dan meninggalkan komen yang positif berkenaan dengan kuih berupa Hello Kitty tersebut hingga ada yang menyatakan mahu menyimpannya dan menjadikannya sebagai hiasan rumah.

Gambar: Diana Pinky via Facebook

“Kalau macam ini, nak telan pun sayang. Comel sangat,” kata Ana Nurul Shamimi.

“Macam mana nak buat tu…ala comelnya,” ujar Suria Cassandra mengenai bentuk Hello Kitty itu.

“Alahai…kuih favourite ni, tapi sayang pula nak makan…so comel,” tambah Sue Srikandi Cinta.

Sebelum ini, wanita itu turut menggegarkan dunia media sosial kerana kuih pau Hello Kitty yang dibuat olehnya turut viral menghiasi laman MAHN.

Sumber: Diana Pinky via Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana