Siakap Keli
musk telefon
Gambar: BERNAMA

Jika Apple & Google Buang Aplikasi Twitter Dari “App & Play Store”, Elon Musk ‘Ugut’ Mahu Buat Telefon Sendiri

Jika Apple & Google Buang Aplikasi Twitter Dari “App & Play Store”, Elon Musk ‘Ugut’ Mahu Buat Telefon Sendiri

CEO Twitter, Tesla, SpaceX dan beberapa lagi syarikat, Elon Musk dalam satu balasan ciapan baru-baru ini memberi bayangan bahawa pihaknya bersedia membangunkan telefon pintar sendiri sebagai pesaing kepada gergasi telefon pintar dunia, Apple dan juga Google.

”Saya berharap saya tidak perlu mengambil keputusan tersebut, tetapi, ya, jika tiada pilihan lain, saya akan membangunkan atlernatif (telefon) lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi respon kepada ciapan oleh seorang pengguna, Liz Wheele berkenaan khabar angin Apple dan Google mahu membuang aplikasi Twitter daripada gedung aplikasi masing-masing.

“Jika Apple & Google mengeluarkan Twitter daripada gedung aplikasi mereka, Elon Musk harus membangunkan telefon pintarnya sendiri.

”Ramai sahaja yang akan menyokongnya. Elon Musk membina roket ke Marikh, jadi menghasilkan telefon bimbit bukanlah satu masalah baginya,”, kala Liz Wheeler.

Bagaimanapun, buat masa ini, tiada tanda-tanda Apple mahupun Google akan membuang aplikasi tersebut daripada gedung aplikasi masing-masing. Namun, perkara berkenaan mungkin berubah sekiranya ada masalah timbul antara Elon Musk dengan kedua-dua gergasi teknologi tersebut.

Sekiranya Twitter dibuang daripada App Store dan Playstore, ia bukanlah satu masalah yang besar kerana aplikasi ini boleh dimuat turun secara ‘pihak ketiga’ menggunakan platform-platform lain seperti Amazon. Selain itu, Twitter juga boleh diakses secara atas talian, melalui enjin carian.

BACA: Elon Musk Dedah Twitter Tawar ‘Pengampunan’ Untuk Akaun Digantung Bermula Minggu Depan

Sumber: Phone Arena, Liz Wheeler via Twitter

Shafikah