Siakap Keli
Tiga Sekeluarga Maut Dipercayai Diracun Anak kandung sendiri
Gambar: Tribun Jogja/Nanda Sagita Ginting

Tiga Sekeluarga Ditemui Maut, Dipercayai Diracun Anak Kandung Sendiri

Tiga Sekeluarga Ditemui Maut, Dipercayai Diracun Anak Kandung Sendiri

Tiga sekeluarga ditemui maut di dalam rumah dipercayai diracun oleh ahli keluarga mereka sendiri di Mertoyudan, Kabuten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia.

Memetik laporan CNN Indonesia, Ketua Polis Magelang, AKBP Mochammad Sajarod Zakun berkata pihaknya menerima makluman daripada penduduk setempat berkaitan kejadian itu.

Tambahnya, mangsa terdiri daripada suami isteri berumur 58 tahun dan 54 tahun manakala anak perempuan mereka berusia 25 tahun.

“Semua yang maut merupakan satu keluarga. sehingga kini pihak kami masih menjalankan siasatan,” katanya semalam.

Gambar: Tribun Jogja/Nanda Sagita Ginting

Hasil pemeriksaan awal mendapati kesemua mangsa meninggal akibat diracun dan individu disebalik kejadian itu telah berjaya ditangkap.

Difahamkan, pelaku merupakan anak kedua daripada keluarga berkenaan yang berumur 22 tahun.

Dalam pada itu, Ketua Unit Perhubungan Awam Polis Jawa Tengah, Iqbal Alqudusy berkata suspek mengaku bersalah atas kejadian tersebut dan mendakwa bahawa racun yang digunakan dibeli secara dalam talian.

“Pelaku telah mengaku melakukan pembunuhan dengan cara mencampurkan racun yang dibeli secara dalam talian ke dalam air teh dan kopi ais,” katanya.

Bagaimanapun, punca suspek bertindak sedemikian masih lagi dalam siasatan.

Jenazah tiga sekeluarga itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Sasono Loyo, Prajenan, Mertoyudan, Magelang semalam.

Sumber: CNN Indonesia

BACA: Elak Kena ‘Sidai’ & Boros, Ini 9 Tips Suami Boleh Guna Bila Nak Teman Isteri “Shopping” Hujung Tahun

BACA JUGA: Tinggal Dua Bulan Lagi, Dr. Fadzilah Kamsah Pesan Kena Buat 5 Benda Ni Sebelum Masuk Tahun Baharu

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.