Siakap Keli
Dr Fadzilah Kamsah Kongsi 10 Perkara
Gambar: Pixabay/Dato/Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Tinggal Sebulan Lagi, Dr Fadzilah Kamsah Kongsi 10 Perkara Yang Perlu Disedari Sebelum Masuk 2023

Tinggal Sebulan Lagi, Dr Fadzilah Kamsah Kongsi 10 Perkara Yang Perlu Disedari Sebelum Masuk 2023

Pejam celik, pejam celik berbaki sebulan sahaja lagi tahun 2022 bakal meninggalkan kita. Tentunya pelbagai suka, duka, pahit manis yang telah dilalui.

Sudah semestinya setiap daripada kita mempunyai pelbagai azam dan matlamat menjelang tahun 2023 tidak lama lagi.

Apa yang penting adalah kita perlu fokus memperbaiki diri untuk terus melangkah jauh ke hadapan tanpa ragu dari tahun-tahun sebelumnya.

Namun, pernahkah anda bermuhasabah diri dalam setiap perkara yang dilakukan sebelum ini. Hal ini kerana setiap detik yang berlaku terselindung dengan pelbagai hikmah.

Oleh itu, mari kita ikuti pendekatan oleh pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang dikongsikan di platform Facebook miliknya baru-baru ini. Semoga beroleh manfaat.

10 Kenyataan Yang Perlu Diterima Dan Sedar

10 Kenyataan Yang Perlu Diterima
Gambar: Pixabay

Tinggal sebulan sahaja lagi kita masuk ke Tahun 2023, ini 10 kenyataan yang kita kena terima dan sedar dengan segera:

Pertama, impian boleh jadi realiti bila segala yang kita fikirkan bertukar menjadi sebuah tindakan.

Kedua, kadangkala perkara yang menghalang dan menarik kaki kita untuk melangkah, semuanya hanya berada di dalam pemikiran kita.

Mulai saat ini, kosongkan fikiran dari segala kekusutan. Tenangkan jiwa dan berdamailah dengan diri sendiri.

Ketiga, kadangkala memang sangat sukar untuk kita membuka tangan seluas-luasnya setelah lama kita mengenggam sesuatu, terutama sebuah keegoan yang meninggi.

Namun, percayalah, pada saat kita membuka tangan dan hati kita seluas-luasnya, di saat itulah kebenaran serta kebaikan akan menuju ke arah kita dalam keadaan tak di sangka-sangka.

10 Kenyataan Yang Perlu Diterima
Gambar: Pixabay

Keempat, terlalu ‘overthinking’ menghalang kita dari segala-galanya yang ingin kita kecapi di atas dunia.

Kelima, hidup jadi lebih mudah apabila kita mula ‘delete’ orang yang buat kita ‘drain’ dan negatif dalam minda kita.

Keenam, momen terindah dalam hidup, bukanlah yang kita wujudkan di dalam media sosial, tetapi di dunia realiti. Kita dapat merasa, menikmati, menghargai serta melaluinya dengan lebih nyata.

Seterusnya, hidup adalah tentang pilihan. Kita boleh pilih menjadi mangsa keadaan atau orang yang menyelesaikan masalah dalam sesuatu keadaan.

Selain itu, hanya kamu boleh menjadi diri kamu sendiri. Orang lain tidak boleh dan kamu juga tak boleh jadi orang lain.

Sembilan. kudrat kita dalam menerima tanggungjawab hidup adalah pada saiz ujian yang kita tempuh. Makin besar ujian, itu bermakna makin besar potensi untuk kita laluinya dengan cekal.

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya di luar batasan kemampuannya.

10 Kenyataan Yang Perlu Diterima
Gambar: Pixabay

Akhir sekali, kamu tidak dibentuk dan dilahirkan untuk mengikut arah yang semua orang lalui di luar sana. Majoriti bukan bermakna ia sebuah perkara benar.

Gunakan akal dan hati kita untuk menilai kesan dan akibatnya sebuah perjalanan.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Ingat dan simpan pesan Tok Abah ini dalam diri kamu ya. Jangan biarkan diri kamu terleka dan terlupa bahawa pada saat ini kita berada di waktu mencabar dan ujian semakin memberat di atas bahu.

Bangkit dan jangan selesa dengan apa juga keadan kita sekarang. Buatlah persiapan untuk sebarang perkara yang mendatang.

Kita mampu melalui 2023 nanti dengan kuat dan hebat.

Inn shaa Allah.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Siapkan payung sebelum hujan.
Siapkan ilmu sebelum menempa ujian.

Sumber: Facebook Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?