Siakap Keli
Lelaki Berang Cuba Tembak Adik Tiri & Bapa Tiri
Gambar: Pixabay

Tak Puas Hati Ketika Main Monopoli, Lelaki Dipercayai Acu Pistol Pada Bapa & Adik Tiri

Tak Puas Hati Ketika Main Monopoli, Lelaki Dipercayai Acu Pistol Pada Bapa & Adik Tiri

OKLAHOMA — Seorang lelaki didakwa atas percubaan membunuh selepas mengacukan senjata api ke arah adik tiri dan bapa tirinya sewaktu bermain monopoli di rumah mereka di Tulsa Sabtu lalu.

Memetik laporan Daily Mail, keluarga berkenaan pada ketika itu dilaporkan sedang bermain monopoli sebelum tertuduh berang dan menolak papan permainan serta mula mengejar kedua-dua mangsa sambil memegang pistol.

Pihak polis Tulsa kemudiannya telah dimaklumkan oleh adik tirinya berhubung kejadian itu dan bergegas ke lokasi kejadian sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan berhampiran East Admiral Place dan North Mingo Road.

Tambah adik tirinya, mereka telah dikejar suspek sehingga di kawasan jalan.

Pegawai Jabatan Polis Tulsa, Danny Bean berkata, sewaktu tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati lelaki itu bertindak agresif dalam pergaduhan itu.

“Sewaktu mengejar mangsa dia mengacukan pistol ke arah mereka dan sambil melepaskan satu das tembakan ke arah tanah,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya diberkas pihak berkuasa di lokasi kejadian selepas menyerah diri.

Dia juga dikatakan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini ditahan di penjara Tulsa County.

Maklum Danny, motif kejadian masih belum diketahui dan siasatan masih lagi sedang dijalankan. Polis mengesyaki pistol yang digunakan lelaki itu disembunyikan di dalam rumah.

Dia akan dihadapkan ke Mahkamah pada 2 Disember ini, lapor Pusat Maklumat Banduan Daerah Tulsa.

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?