Siakap Keli
Ktredit: TikTok

(Video) Ingatkan Jenis Kalut & Gelabah, Rupanya Si Bulu Ada Masalah Rabun, Patut Kepala Selalu Terhantuk

Kucing, merupakan haiwan peliharaan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Rupanya yang comel seperti memiliki mata yang cantik seperti guli, bulu yang gebu dan telinga yang comel mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah, gelagat haiwan berbulu ini juga mampu mengubati hati pemiliknya ketika berdepan dengan hari-hari yang kurang indah.

Walaupun tidak memiliki kucing di rumah, kecomelan sibulu tetap menjadi peneman kita kerana banyak video kucing comel dan kelakar yang berlegaran dalam media sosial seperti Instagram, TikTok, Facebook dan lain-lain.

Namun, tidak semua video kucing yang dimuatnaik menerusi media sosial bertujuan untuk berkongsi kecomelan ataupun gelagatnya yang aneh. Seorang pengguna TikTok, Swajdama (@swajdama) telah memuatnaik sebuah video di laman TikTok, berkongsi mengenai seekor kucing peliharaannya yang ‘istimewa’. Video berdurasi 41 saat berjaya mencapai jumlah tontonan 1.8 juta, 293.8k tanda suka serta dikongsi sebanyak 4855 kali.

@swajdama

Tolong hadiahkan dia kaca mata🥹 #fyp #fypage #kucing #cat #catworld #rabunjauh

♬ original sound – Bed Muo – Cik Bed Muo

Pada awalnya, kita dihiburkan dengan gelagat kucingnya yang terhantuk pada kereta dan dinding dan merasakan bahawa video ini hanya sekadar video hiburan semata-mata. Akan tetapi, menelusuri video yang lain, rupanya haiwan peliharaannya bukannya cemerkap, sebaliknya memiliki masalah penglihatan.

Kredit: TikTok

Jika dibandingkan dengan kucing-kucing peliharaan yang lain, mata kucing istimewa ini tidak kelihatan peka akan cahaya dan tidak dapat memberikan anggaran visual yang tepat seperti mata haiwan stereoskopik yang lain.

Sebagai contoh, terdapat satu video yang menunjukkan kucing tersebut tidak dapat mendarat dengan sempurna kerana penglihatannya tidak dapat membantunya  membuat anggaran yang tepat mengenai kedalaman tempat mendarat tersebut.

@swajdama

Replying to @✨ try la buat beberapa experiment, kalau i letak dia di tempat baru even rendah dia jadi takut sbb tk tau ketinggian tempat tu mmg dia moew mintak turunkan

♬ original sound – Ghibli Shorts

Saat pemilik kucing menyedari masalah yang dihadapi oleh haiwan peliharaannya

Menurut satu komen yang diberikan oleh Swajdama, dia berkongsi bagaimana dia menyedari haiwan kesayangannya memiliki masalah penglihatan yang ketika itu berusia satu bulan.

Swajdama perasan akan tingkah laku kucingnya yang berlanggar atau terhantuk pada objek-objek di rumahnya seperti tiang, dinding dan sebagainya.

Kredit: TikTok

Namun begitu, insiden berkenaan yang berulang kali terjadi menyebabkan dia cuba menguji tahap penglihatan mata haiwan peliharaannya itu. Swajdama cuba untuk bermain jari di mata kucingnya itu tetapi tiada reflek yang diberikan seperti tidak berkelip langsung, seakan-akan haiwan peliharaannya itu tidak dapat melihat jarinya.

Kredit: TikTok

Oleh sebab keadaan kucingnya yang luar biasa, Swajdama memberikan nama jolokan ‘Mr Rabun’. Rata-rata warganet menzahirkan rasa sedih ketika melihat keadaan kucingnya itu. Manakala, ada juga menzahirkan rasa bimbang disebabkan penglihatan kucingnya yang lemah menyebabkan kucing tersebut lebih terdedah dengan kemalangan jalan raya.

Sungguhpun kucingnya memiliki kekurangan jika dibandingkan dengan kucing-kucingnya lain, Swajdama tidak pernah sesekali meminggirkan Mr. Rabun. Semua haiwan peliharaannya diberi makanan yang mencukupi, memiliki kesihatan dan kebersihan yang baik. Dengan konteks yang lebih mudah, segalanya telah dipersiapkan secara sempurna oleh pemilik kucing tersebut.

BACA JUGA: ‘Ada Darah Pahlawan Sejak Zaman Viking’, Asal Usul ‘Oyen’ Ramai Tak Sangka

Sumber: @swajdama via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma