Siakap Keli
Kredit: Facebook

“Berlalu Sebuah Episod Hidup,” Tuan Ibrahim Luah Rasa Sayu Tinggalkan Kementerian Alam Sekitar & Air

Tidak lama lagi terdapat kemungkinan bahawa barisan jemaah menteri untuk kabinet Kerajaan Perpaduan akan diumumkan secara rasmi maka ia memberikan garis penamat bagi barisan kabinet pada kepimpinan penggal lepas.

Perkara ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada pemimpin baharu untuk menerajui kepimpinan di sesebuah kementerian.

Walaupun telah menghadapi pelbagai onak dan duri sewaktu menjalankan tugas, sememangnya kita akan merasa berat hati untuk meninggalkan sesuatu tempat lagi-lagi apabila kita memiliki hubungan yang rapat dengan warga sekeliling.

Perkara ini dizahirkan dalam sebuah hantaran Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau telah merakam saat-saat terakhir beliau di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bersama-sama staf di pejabat Kementerian Alam Sekitar dan Air, dekat Putrajaya.

Dalam video tersebut, ia menunjukkan detik-detik terakhir Tuan Ibrahim di kementerian tersebut seperti beramah mesra bersama staf, memberikan ucapan dan mengambil gambar bersama-sama dengan diiringi lagu latar Sampai Jumpa, dendangan kumpulan muzik Indonesia, Endank Soekamti.

Bukan itu sahaja, video yang berdurasi dua minit 49 saat itu juga menampilkan saat-saat beliau meninggalkan perkarangan pejabat kementerian tersebut sambil diiringi oleh staf-staf di sana.

Dalam pada itu, hantaran video tersebut disertai dengan kapsyen yang ditulis oleh dirinya. Dalam penulisannya, beliau mengimbau pengalamannya semasa bertugas sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.

“Pada 11 Mac 2020, saya melangkah ke bangunan ini. Bermula dari awal, menyusun dasar, program, sistem dan sumber manusia. Sedikit demi sedikit akhirnya hampir lengkap sebuah KASA,” tulisnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak – pihak yang sentiasa berada di sisinya ketika saat sukar dan senang.

“Meninggalkan mereka yang susah senang dan suka duka bersama. Tiada kata yang lebih baik melainkan terima kasih banyak-banyak atas kegigihan dan khidmat bakti yang cukup besar.

“Terima kasih atas semua kenangan kita bersama,” katanya.

Pada akhir hantaran tersebut, beliau turut mendoakan agar segala sumbangan yang diberikan kepada negara akan mendapat balasan setimpal oleh-Nya.

BACA: GRS Sertai Kerajaan Perpaduan, Capai Majoriti Dua Pertiga Parlimen – PM Anwar

Sumber: Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man via Facebook

BACA JUGA: Patutlah “Crush” Asyik Pekup Hidung Setiap Kali Sembang, Rupanya Dia Nak Elak Benda Ni

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma