Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pahit Untuk Ditelan, Lelaki Hilang Tiga Anak Dalam Tempoh Lima Tahun Akibat Kanser

Lelaki Hilang Tiga Anak Akibat Kanser
Gambar: Instagram via Daily Mail

Pahit Untuk Ditelan, Lelaki Hilang Tiga Anak Dalam Tempoh Lima Tahun Akibat Kanser

BRAZIL — Seorang ahli ekonomi Brazil melalui detik hitam apabila ketiga-tiga anaknya meninggal dunia akibat kanser kurang dari tempoh lima tahun.

Memetik Daily Mail, keempat-empat beranak itu termasuk dirinya disahkan mengalami mutasi genetik, sindrom Li-Fraumeni yang mendedahkan mereka kepada serangan kanser dan ia dilaporkan jarang berlaku.

Kisahnya bermula apabila dia sendiri mengaku menghidap kanser itu pada 2009 lalu. Susulan bimbang akan kesihatan anak-anaknya, dia turut menggesa mereka menjalani ujian genetik.

Hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami sindrom Li-Fraumeni dan kesemua anak-anaknya mewarisi gen tersebut dan ia tiada rawatan khusus, maklum Klinik Cleveland.

“Hasilnya menunjukkan bahawa saya mempunyai perubahan genetik dan juga ‘diwarisi’ kepada anak-anak saya yang berpotensi untuk menghidap kanser,” jelasnya.

Gambar: Instagram Daily Mail

Pengalaman pahit bapa berusia 52 tahun itu bermula selepas pemergian anak bongsu perempuannya yang berusia 10 tahun pada 24 Jun 2018 akibat pemindahan sumsum tulang. Anaknya itu sebelum ini telah diagnosis menghidap leukemia limfositik pada tahun sebelumnya.

Selain itu, anak lelakinya, 22, turut meninggal dunia 30 November 2020 berikutan disahkan menghidap kanser otak pada tahun 2019. Sebelum itu, sejak 2017 lagi anaknya telah diagnosis dengan penyakit osteosarcoma, dan kanser tulang.

Seterusnya, anak sulungnya juga menghidap leukemia limfositik sama seperti adik bongsunya sejak berusia 12 tahun lagi.

Walaupun telah kembali pulih sekitar tiga tahun kemudian melalui rawatan radioterapi dan kemoterapi, malangnya dia disahkan menghidap tumor otak pada 2021 sebelum meninggal dunia pada 19 November 2022 baru-baru ini ketika berusia 25 tahun.

“Dalam hampir lima tahun, saya hilang semua anak saya,” kata ayah kepada tiga anak itu kepada BBC News Brazil.

Tambahnya, dia menjelaskan pengalaman pahit untuk ditelan itu lebih teruk berbanding keluarga lain di luar sana.

“Hari ini, kita perlu hidup dengan penuh gembira. Tiada siapa yang dapat mengetahui kesakitan orang lain,’ katanya.

Untuk pengetahuan, sekitar 90 peratus setiap orang yang menghidap sindrom Li-Fraumeni akan menerima satu atau lebih kanser dalam tempoh tertentu hidupnya.

Tambah Klinik Cleveland, sebanyak 50 peratus untuk seseorang itu menerima penyakit sebelum umur 30 tahun.

Sumber: Daily Mail