Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

MOSCOW, 2 Dis (Bernama) — Twitter sekali lagi menyekat akaun Twitter penyanyi rap Kanye West kerana gagal mematuhi peraturan mengenai hasutan keganasan.
Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye dilaporkan telah memuat naik naik imej yang memaparkan simbol swastika Nazi, lapor Sputnik memetik Daily Mail.
“Saya telah cuba sedaya upaya. Namun, dia (Ye) sekali lagi melanggar peraturan kami mengenai hasutan keganasan… Akaun akan digantung,” ciap pemilik Twitter Elon Musk
Pada Khamis, penyanyi itu membuat satu lagi kenyataan kontroversi menyatakan beliau suka kepada pemimpin Nazi Adolf Hitler dan menyayangi Nazi selepas tuduhan anti-Semitism terhadapnya baru-baru ini.
Pada Oktober, Twitter menyekat akaun Ye namun, sekatan telah ditarik balik sebelum Musk membeli Twitter.
— BERNAMA
BACA: Elon Musk Dedah Twitter Tawar ‘Pengampunan’ Untuk Akaun Digantung Bermula Minggu Depan
Sumber: Bernama