Siakap Keli
kenapa nyamuk gigit
Gambar: Pixabay

Ini 6 Sebab Kenapa Asyik Anda Kena Gigit Dengan Nyamuk, Orang Lain Tak

Ini 6 Sebab Kenapa Asyik Anda Kena Gigit Dengan Nyamuk, Orang Lain Tak

Nyamuk merupakan binatang yang mudah tertarik kepada persekitaran, terutama sekali benda yang hidup. Haiwan ini juga boleh ditemui dimana-mana sahaja, khususnya di kawasan kotor, semak samun atau air bertakung.

Namun adakalanya, anda mungkin terasa aneh kenapa hanya anda menjadi mangsa gigitan nyamuk, berbanding orang lain di sekeliling yang kurang menjadi tumpuan makhluk tersebut.

Dalam perkongsian seorang doktor perubatan, Dr Samhan menerusi Twitternya, beliau berkongsi enam penyebab anda sering menjadi mangsa gigitan nyamuk.

Jom kita ikuti sama-sama penulisan beliau di bawah.

Enam sebab anda sering menjadi mangsa gigitan nyamuk

Jenis Darah

Kredit: News Medical

Jenis darah menjadi salah satu faktor anda menjadi mangsa haiwan tersebut. Kajian mendapati darah jenis O mempunyai 83% kebarangkalian yang lebih tinggi berbanding dengan darah jenis A.

Saiz Tubuh Badan

Menurut kajian, ia berkaitan dengan kadar metabolisme dan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan dari badan sewaktu pembakaran tenaga.

Nyamuk menggunakan gas karbon dioksida untuk mengesan sasaran mereka dan ia boleh dikesan dari jarak 50 meter jauh. Jadi lebih besar tubuh anda, lebih banyak gas karbon dioksida yang dibebaskan dan jika anda bersaiz besar dalam ahli keluarga atau rakan, maka besarlah peluang untuk anda menjadi mangsa haiwan tersebut.

Wanita Hamil

Kredit: Pexels

Menurut satu kajian di Afrika, wanita hamil 2 kali ganda tinggi berpeluang digigit nyamuk kerana mereka membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida. Malah dalam satu kajian pada 2002 mendapati wanita sarat mengandung membebaskan 21% lebih banyak gas karbon dioksida berbanding wanita biasa.

Individu Sedang Bersenam

Kredit: Iluminasi

Selain itu, individu yang sedang melakukan senaman juga turut menjadi tumpuan haiwan tersebut. Menurut beliau nyamuk tertarik dengan asid laktik yang dikesan dalam peluh kerana senaman meningkatkan haba tubuh yang turut menyumbang tarikan gigitan nyamuk.

Memakai Pakaian Gelap

Kredit: Unsplash/Luis Quintero

Ini adalah logik paling asas menurut beliau di mana nyamuk lebih tertarik kepada persekitaran gelap, namun pakaian juga memberi persamaan yang serupa.

Menurut Dr. Jonathan Day, seorang pakar entomologi dan nyamuk di University of Florida menjelaskan nyamuk sukar terbang dalam angin jadi haiwan ini lebih memilih untuk berpusat di dataran dan persekitaran gelap membuatkan nyamuk lebih selesa.

Individu Kuat Berpeluh

Kredit: un-perfekt

Tubuh manusia akan mengeluarkan asid tertentu seperti laktik dan urik serta kolestrol yang mempunyai kandungan steroid yang tinggi. Ia akan menarik nyamuk kerana individu jenis ini mempunyai kadar metabolism yang tinggi selain memproses kolesterol yang lebih cepat berbanding individu lain.

Itulah antara penyebab anda sering menjadi mangsa gigitan nyamuk.  Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua dan menjawab persoalan yang tiada jawapan selama ini.

BACA: “Terima Kasih YAB PM Anwar Ibrahim Kerana Percaya Abah Kami…” – Nurul Zahid

Sumber: Dr Samhan via Twitter

Shafikah