Siakap Keli
Kredit: Instagram

“Terima Kasih YAB PM Anwar Ibrahim Kerana Percaya Abah Kami…” – Nurul Zahid

“Terima Kasih YAB PM Anwar Ibrahim Kerana Percaya Abah Kami…” – Nurul Zahid

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri 1, Nurulhidayah binti Ahmad Zahid Hamidi berterima kasih kepada PM kerana sudi memberi kepercayaan kepada ayahnya untuk memegang antara portfolio terpenting dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.

Ucapan terima kasih tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, dengan menampilkan foto wanita tersebut bersama adiknya serta Timbalan Perdana Menter, Datuk Seri Zahid Hamidi sambil mengenakan pakaian serba putih.

Menurut Nurul Hidayah, dia mempunyai lima adik beradik dan hanya mereka berdua anak perempuan.

Berdasarkan kapsyen yang dimuat naik bersama hantaran itu lagi, Nurul Zahid menerangkan peranan mereka bertiga dalam keluarga tersebut, yang secara kebetulan boleh digambarkan menerusi posisi mereka dalam gambar tersebut.

Kredit: Instagram

Dalam keluarganya, Nurul Hidayah berkata dia sebagai Kak Long memainkan peranan menjadi bentang menjaga keluarga dari luar. Disebabkan itu katanya, dia merupakan anak yang paling dikenali dan kerap menerima kecaman.

”Saya tak kisah kerana saya rasa berbaloi untuk saya ambil tugas menjaga ‘External Affairs’ demi Abah dan Mak serta keluarga,” katanya.

Manakala adik perempuannya pula akan menjaga keluarga mereka dari dalam. Justeru, segala hal ehwal dalaman keluarga dari segi barangan keperluan, kesihatan, makanan dan lain-lain akan dijaga oleh adik perempuannya.

Seperti yang pernah dikatakan oleh bapanya sebelum ini, Nurul Hidayah turut memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas pengumuman yang dibuat Perdana Menteri malam tadi.

Menurutnya, berita perlantikan bapanya sebagai ahli kabinet merupakan satu perkhabaran yang sangat baik dan keluarganya menerima berita tersebut sebagai satu ‘amanah tambahan’ daripada Allah S.W.T.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB PM @anwaribrahim_my kepada Abah kami,” titip Nurul Zahid dalam hantaran Instagramnya itu lagi.

Pada akhir hantaran tersebut, dia berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kemudahan dan kelancaran terhadap barisan kabinet kerajaan baharu dan memberi keringanan jika menghadapi ujian dan cabaran yang berat.

BACA: Ini 6 Sebab Kenapa Asyik Anda Kena Gigit Dengan Nyamuk, Orang Lain Tak

Sumber: @nurul.zahid via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma