Siakap Keli
kereta solar pertama dunia
Gambar: Lighytear

Kereta Elektrik Tenaga Solar Pertama Di Dunia, Mampu Dipandu Berbulan-bulan Tanpa Cas

Kereta Elektrik Tenaga Solar Pertama Di Dunia, Mampu Dipandu Berbulan-bulan Tanpa Cas

Sebuah syarikat automatif bertaraf start up Belanda, Lightyear berhasil mencipta sebuah kenderaan elektrik menggunakan tenaga solar sepenuhnya, pertama di dunia.

Memetik laporan Bloomberg, model pertama syarikat itu, Lighyear 0 boleh dipandu berbulan-bulan tanpa pengecasan semula dan akan dijual pada harga  €250,000 (RM 1.15 juta)

Selain itu, Lightyear merancang untuk menghasilkan lebih kurang seribu model tersebut di fasiliti Valmet Automotive Oyj, Finland dan setakat ini pihaknya sudah menerima sekitar 150 tempahan.

Kereta berkenaan yang menampilkan rekaan bumbung sebuah panel solar yang melengkung dan merentasi penutup enjin kereta dikatakan mampu dipandu selama dua bulan tanpa perlu dicas ketika musim panas di Amsterdam dan selama tujuh bulan di Portugal. Tenaga yang diperolehi daripada sumber Matahari dikatakan mampu menambah julat pemanduan sebanyak 70 kilometer setiap hari.

Kredit: Lightyear

Sebelum ini, penghasilan kereta berasaskan kuasa solar sering berdepan kesukaran dan terhenti pada peringkat prototaip kerana masalah reka bentuk yang perlu bergantung kepada panel solar yang luas. Malah, usaha syarikat-syarikat untuk mengumpul dana pembangunan juga sering terbantut memandangkan pelabur skeptikal dengan masa depan kereta konsep baharu itu.

“Bagaimanapun, kami kini berada di peringkat lebih matang dengan penambahan nilai pelaburan yang majoritinya datang dari Belanda. Lightyear memperoleh €81 juta (RM374 juta) daripada kumpulan pelabur yang diketuai oleh warga Belanda pada bulan September.

Dalam pada itu, syarikat yang ditubuhkan pada 2016 itu kini dalam fasa pembangunan model keduanya, Lightyear 2 yang dirancang akan dijual pada tanda harga bermula kira-kira €30,000 (RM 138,699).

Lightyear 2 dijangka akan mula dihasilkan bermula 2025 dan mempunyai tempahan daripada syarikat pemajakan dan perkongsian kereta LeasePlan Corp NV dan MyWheels.

BACA: Bahaya & Mengelirukan, Anda Mengundang Kemalangan Jika Buka “Hazard Light” Ketika Memandu Dalam Hujan

Sumber: Bloomberg

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma