Siakap Keli
rafizi tak clock in
Gambar: Twitter Hadi Azmi

Rafizi Tak ‘Clock In’ Macam Menteri Lain, Dakwa Dah Mula Bertugas Semalam – Laporan

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan tidak membuat sesi ‘clock-in’ ketika lapor diri di pejabatnya pada pagi ini sebagaimana barisan menteri lain.

Memetik sumber laporan ringkas pemberita SCMP Asia Hadi Azmi di Twitter, Rafizi sebaliknya sudah pun memulakan tugasnya sejak semalam lagi.

“Kini berada di Unit Perancangan Ekonomi di Putrajaya untuk sidang media Rafizi Ramli kali pertama.

Rafizi menjemput media kerana beliau tidak mahu membuat sesi ‘clock in’ seperti yang menteri-menteri lain biasa buat.

“Tambahnya beliau mendakwa sebenarnya sudah mula bertugas sejak semalam, mengenai urusan-urusan berkaitan OPEC,” menurut laporan ringkas itu di Twitter sebentar tadi.

Dalam pada itu, laporan itu turut menyatakan mengenai pendapat Rafizi mengenai situasi terkini.

“Adalah masih terlalu awal untuk mengatakan tentang apa-apa dasar (tetapi) saya yakin bahawa apa yang sedang dirancang EPU sekarang adalah seiring dengan apa yang berlaku di luar sana,” maklum Rafizi, memetik laporan itu.

Selain itu, ditanya mengenai gabungan dua portfolio yang diterajui Anwar iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Rafizi mendakwa ia bukan satu keputusan yang mudah.

“Ia adalah satu keadaan yang luar biasa. Pendirian untuk memisahkan portfolio (masih) kekal, tetapi keperluan untuk mengemudi kepimpinan ekonomi lebih mendesak berikutan kebuntuan (fasa) selepas PRU-15.

“Ia adalah suatu keputusan sukar yang perlu dibuat,” maklumnya, memetik laporan itu.

Pagi ini menyaksikan beberapa barisan menteri memulakan tugasan mereka bermula dengan sesi mengimbas kad perakam waktu di kementerian masing-masing.

Antara sosok yang menjadi tumpuan media dan rakyat ketika ini adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru sahaja melapor diri di pejabatnya pagi tadi.

Sumber: Hadi Azmi SCMP Asia via Twitter

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana