Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelakon terkenal tanah air, Fizz Fairuz menyatakan persoalan macam mana perdana menteri (PM) boleh kerja tanpa terima gaji.
Pengumuman Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak menerima gaji semestinya mendapat maklum balas positif daripada kalangan rakyat.
Rata-rata orang ramai mengutarakan pendapat mereka bahawa tindakan PM itu adalah sangat bersesuaian dengan waktu ini susulan dengan perkhabaran pertumbuhan ekonomi yang akan terbantut pada 2023.
Dalam satu sidang media, Anwar menegaskan beliau tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri termasuk juga gaji sebagai Menteri Kewangan.
Perkara tersebut dibuat adalah bagi membantu rakyat dan juga memulihkan serta menstabilkan ekonomi negara.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Pakatan Harapan itu turut memaklumkan bahawa kesemua menteri kabinet telah bersetuju untuk melakukan pemotongan gaji mereka sehingga 20 peratus.
Bagaimanapun difahamkan pemotongan gaji itu akan disemak semula selepas keadaan ekonomi negara kembali pulih, maklum Anwar.
Dalam pada itu, tindakan Anwar sedemikian turut mendatangkan ‘persoalan’ dalam minda seorang pelakon terkenal Fizz Fairuz.
Fizz atau nama sebenarnya Datuk Mohd Fairuz Zainal Abidin meluahkan secebis persoalan yang bermain di mindanya tentang bagaimana seorang perdana menteri sanggup berkhidmat untuk negara tanpa sesen pun gaji.
Beliau meluahkan persoalan itu menerusi satu kenyataan pendek di ruangan Insta Story miliknya pada semalam.
“Macam mana ek kerja tanpa gaji? Kalau aku tak boleh oo…” katanya dalam perkongsian itu, sambil memetik semula infografik Sinar Harian yang memaparkan berita tentang Anwar menolak gaji sedemikian.

Instagram Fizz Fairuz yang memiliki sebanyak 3,570 hantaran itu diikuti oleh kira-kira 694,000 pengikut setakat artikel ini ditulis.
Manakala hantaran terkini di ruangan ‘Post’ adalah mengenai filem aksi tanah air terbaharu, Coast Guard yang bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Februari 2023 kelak.
Sumber: Fizz Fairuz/Instagram