Siakap Keli
Kredit Mothership

Harga Buah Durian Di Singapura Turun

Harga buah durian di Singapura Turun

Lambakan buah durian di Malaysia pada musim kali ini telah menyebabkan harga buah tersebut di Singapura jatuh serendah RM 32.43 sekilogram atau terendah dalam tempoh empat tahun, lapor Mothership.

Peniaga durian di negara itu memberitahu Shin Min Daily News bahawa mereka bersetuju hasil durian yang dituai dari Johor dan Pahang dalam masa yang sama pada musim kali ini menjadikan bekalan terlalu banyak.

Akibatnya, harga telah diselaraskan bagi mengelakkan daripada berlakunya kerugian. Keadaan cuaca yang baik antara penyumbang kepada hasil yang baik pada musim kali ini.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Seorang peniaga berkata, selalunya musim durian pada akhir tahun kebiasaannya menghasilkan bilangan durian yang terhad dan harganya juga tinggi.

Bagaimanapun, durian di kedua-dua negeri di Malaysia pada tahun ini berbuah pada masa yang sama dan dituai juga dalam masa yang sama sekaligus menjadikannya sebagai musim kemuncak bagi pembeli.

Tambah peniaga itu lagi, harga bagi durian Musang King kini sekitar RM 32 sebiji bagi gred buah yang rendah dan RM 32 sekilogram bagi buah yang lebih berkualiti.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Saya mendapat buah itu pada harga yang rendah, jadi harga jualannya agak murah. Dahulu, harga paling murah ialah sekitar RM 38 sekilogram. Kali ini, RM 32 sekilogran antara harga yang terendah,” kata peniaga itu lagi.

Kredit Mothership

Seorang lagi peniaga yang ditemu bual berkata bahawa harga durian musang king telah jatuh dan meramalkan harga tersebut akan turun lagi.

“Kemungkinan besar harga akan dikurangkan separuh, dan kemungkinan juga sebiji durian musang king berharga RM 16,” kata peniaga itu yang menjangkakan harga akan turun sekali lagi sewaktu musim kemuncak pada pertengahan Disember ini.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Seorang lagi peniaga berkata, beliau telah melaraskan harga durian musang king dua hari lalu daripada RM 61 sekilogram kepada RM 52 sekilogram bagi menggambarkan bahawa terlalu banyak lambakan bekalan buat masa ini.

Situasi semasa sekarang ini adalah pembeli masih tidak menyedari bahawa musim durian telah tiba. Kesannya, jualan menjadi 40 peratus lebih rendah daripada musim puncak kebiasaannya.

Namun dengan lebih ramai pembeli dimaklumkan berkenaan musim puncak durian, maka lebih banyak permintaan akan meningkatkan lagi lambakan bekalan. Sekaligus akan menyebabkan lebih banyak durian diimport masuk ke Singapura dan boleh mendorong harga untuk turun lagi.

Sumber: Mothership

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka