Siakap Keli
Kredit: Bernama & Nuraffiqa Razak

Kaum Bapa Perlu Cakna, Peguam Kongsi 3 Jenis Nafkah Anak Yang Boleh Isteri Tuntut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kaum Bapa Perlu Cakna, Peguam Kongsi 3 Jenis Nafkah Anak Yang Boleh Isteri Tuntut

Menurut Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, ia menunjukkan jelas bahawa pihak bapa bertanggungjawab untuk membayar nafkah anak.

Pada kebiasaannya, isu nafkah anak atau dikenali dengan istilah child support akan dibangkitkan apabila kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk berpisah dan hak penjagaan anak atau hadanah diberikan kepada pihak ibu.

Persoalannya, apa yang perlu diambil kira dalam kiraan nafkah anak ini?

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Secara ringkasnya, nafkah anak wajarlah dikira berdasarkan perbelanjaan bagi keperluan bulanan dan tahunan anak-anak.

Akan tetapi, bagi menjawab persoalan ini dengan lebih mendalam, seorang Peguam Syarie (Nuraffiqa Razak) telah membuat perkongsian yang cukup terperinci menerusi akaun Facebook miliknya. 

Kredit: Nuraffiqa Razak

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Beliau turut mengkelaskan jenis-jenis nafkah anak yang perlu diberikan oleh pihak bapa. Berikut merupakan perkongsiannya:

Sebenarnya apa sahaja yang pihak ibu boleh tuntut untuk Nafkah Anak ni?

Ibu-ibu boleh menuntut antaranya ialah:

1) Nafkah Bulanan 

Nafkah ini meliputi makanan, minuman, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan, simpanan, insurans

2) Nafkah Perayaan 

Perkara ini meliputi perbelanjaan anak untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

3) Nafkah Tahunan

Perbelanjaan tahunan untuk persekolahan seperti yuran dan kelengkapan sekolah, pelancongan dan lain-lain yang berkaitan dengan anak.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Tapi, jangan lupa untuk simpan semua bukti-bukti perbelanjaan senarai di atas untuk menjadi bukti dokumen semasa perbicaraan kes Nafkah Anak nanti.

Semoga ibu-ibu yang masih fight untuk kes nafkah anak di luar sana dipermudahkan urusan sehingga kes selesai.
Ingat, anda kuat dan hebat! Teruskan!

BACA: Jika Suami Dipenjara, Siapa Yang Kena Bayar Nafkah Untuk Isteri & Anaknya? Ini Penjelasan Peguam

Sumber: Nuraffiqa Razak via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma