Siakap Keli
Kredit Twitter

Puting Beliung & Hujan Batu Badai Ibu Negara Qatar Ketika Perlawanan Dunia

Puting Beliung & Hujan Batu Badai Ibu Negara Qatar Ketika Perlawanan Dunia

Puting beliung serta hujan batu dilaporkan telah membadai Qatar ketika persiapan perlawanan suku akhir antara pasukan England dan Perancis di pentas Piala Dunia sedang giat dijalankan, lapor Daily Mail.

Puting beliung itu membadai bandar Ras Laffan yang terletak kira-kira 50 batu daripada ibu negara Qatar, Doha.

Negara Teluk yang menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2022 telah menyaksikan beberapa peristiwa cuaca yang aneh sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Awan gelap dilihat berkumpul berhampiran Stadium Al Khor, tempat di mana kebanyakan perlawanan telah diadakan.

Jabatan meteorologi Qatar menerusi kemaskini Twitter rasminya telah berkongsikan sebuah rakaman puting beliung itu sejurus selepas menyiarkan amaran tentang hujan berserta ‘guruh’ dengan kapsyen “sila berhati-hati”.

Satu lagi puting beliung dikesan membadai bandar terbiar di Al Huwaylah, di pantai timur laut Qatar.

“Hujan bertaburan dan penurunan suhu dijangka akan berlaku dalam beberapa hari akan datang,” kata jabatan itu lagi.

Kejadian puting beliung merupakan kejadian yang jarang berlaku dan ia bukanlah perkara biasa di seluruh Timur Tengah. Tetapi beberapa kejadian puting beliung pernah dikesan berlaku di Qatar pada 2016 lalu.

Kebiasaannya agak lemah, tetapi masih boleh menyebabkan kerosakan yang ketara jika ia melanda kawasan perumahan.

Menurut Indeks Risiko Dunia, negara Qatar adalah merupakan negara yang paling kurang untuk mengalami bencana alam.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Pejabat Meteorologi beritahu lagi, suhu pada hari Rabu adalah 27 darjah Celsius. Suhu akan berlaku penurunan kepada 23-25 darjah dalam beberapa hari akan datang.

Kredit Twitter

Pada hari sama puting beliung melanda, hujan batu juga dilaporkan telah menimpa Qatar. Orang ramai dilihat mengambil hujan batu itu dan kemudiannya memuat naik foto di Twitter.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka