Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Isu Sesak: TBS Mohon Maaf, Dedah Kurang Staf & Dapat MC Saat Akhir

TBS perjelas isu sesak
Gambar: tangkap layar Twitter tular

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) perjelas isu sesak luar biasa pada pagi tadi seperti mana yang didakwa dalam kenyataan tular di Twitter.

Kekurangan kakitangan kerana mendapat cuti sakit (MC) akibat perubahan cuaca dipercayai merupakan punca berlakunya kesesakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, TBS berkata penambahan penumpang pada kejadian itu merupakan di luar jangkaan dan pihaknya tidak menjangkakan perkara sedemikian berlaku.

“Kesesakan penumpang di TBS pada pagi 11 Disember di luar jangkaan. Pihak pengurusan TBS memohon maaf atas kesesakan dan kesulitan yang berlaku.

“Sektor operasi mengalami kekangan akibat kekurangan beberapa kakitangan barisan hadapan mendapat cuti sakit di saat akhir akibat perubahan cuaca sejak kebelakangan ini,” katanya.

Oleh itu, dalam menangani isu tersebut, TBS telah menggariskan beberapa langkah yang akan diambil khususnya di bahagian sektor operasi.

“Langkah-langkah sewajarnya telah diambil oleh sektor operasi dengan memanggil kakitangan yang sedang bercuti untuk hadir berkerja, memberi panduan dan galakan kepada penumpang menggunakan mesin tiket layan diri.

“Serta membimbing penumpang supaya membuat pembelian tiket melalui aplikasi pintar TBS-BTS tanpa perlu beratur untuk mencetak pas masuk.

“Penumpang- penumpang hanya perlu mengimbas kod QR di pintu kawalan automatik untuk turun ke balai perlepasan,” tambah TBS.

TBS turut memaklumkan penumpang yang membuat pembelian tiket selain aplikasi dan laman web TBS-BTS, boleh mencetaknya di kaunter-kaunter TBS secara percuma.

“Pengumuman penting berkaitan keadaan semasa operasi TBS di platform media sosial rasmi TBS sentiasa dikemas kini sebagai rujukan kepada penumpang,” ujar kenyataan itu.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan dengan suasana TBS yang didakwa sesak dengan begitu ramai penumpang, di samping hanya sedikit kaunter dibuka hingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Sumber: TBS/Facebook